Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Daripada komik manhwa kepada permainan video, The Gamer Mobile akan keluar tahun ini!

Jalani kisah hidup Jihan Han.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 28, 2019
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Daripada komik manhwa kepada permainan video, The Gamer Mobile akan keluar tahun ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Bagaimana jika kamu mendapat kuasa untuk hidup seperti di dalam permainan video? Gempak kan? Itulah kehidupan Jihan Han, protagonis The Gamer. Manwha The Gamer – boleh dibaca di Webtoon– akan diadaptasi sebagai permainan video mobile, untuk Korea pada November 2019!

Permainan The Gamer dianggap sebagai action RPG + Puzzle + Arcade dan akan merangkumi musim 1 daripada komik. Buat masa ini, rancangan masa depan termasuk lebih banyak kandungan dan perkembangan cerita. Seperti yang korang lihat pada menu utama, Shin Sun-Il dan Kwon Shi-Yun akan menyertai Jihan dalam permainan.

Kuasa dan animasi akan dibawa semula daripada manhwa dan peminat pasti mengenali abiliti seperti Mana Arrow. Brawling, dan Sword and Magic adalah gaya pertempuran yang ada sekarang serta Labyrinth boleh dilawati ketika dalam menjelajah dan pertempuran.

Hanya Jihan yang boleh meningkatkan senarai kebolehannya sekarang. playable character yang lain akan mempunyai kemahiran tetap. Sama ada Jihan akan meningkatkan level secara perlahan dalam permainan seperti manhwa, masih belum pasti. Game ini kini dianggap sebagai 30% siap, dan akan dilancarkan untuk Android terlebih dahulu manakala iOS akan tiba di kemudian hari. Bagi peminat antarabangsa, tidak ada rancangan untuk versi global.

Seperti yang peminat tahu, terdapat unsur-unsur tertentu dalam manhwa yang sangat menarik jika ia muncul. Ia masih dalam proses pembangunan, tetapi developer pasti akan mempertimbangkannya!

Sumber – Gamerbraves

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidiOSJihan HankoreaManwhaThe Gamer
Previous Post

Fortnite dan Borderlands kini bergabung dalam acara #FORTNITExMAYHEM!

Next Post

5 Emulator Android terbaik untuk Desktop sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
5 Emulator Android terbaik untuk Desktop sekarang!

5 Emulator Android terbaik untuk Desktop sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd