Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dari kecoh kat Media Sosial sebab suara macam Doraemon, baik korang main game dia lagi bagus!

Buat lawak April Fool eh~

Nyny.A by Nyny.A
April 1, 2020
in Android, Animasi, Artikel, Berita, Bimbingan, iOS, Mobile, Nintendo Switch, Senarai
0 0
0
Dari kecoh kat Media Sosial sebab suara macam Doraemon, baik korang main game dia lagi bagus!
Share on FacebookShare on Twitter

Kecoh di media sosial sejak semalam disebabkan perkongsian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggunakan DORAEMON sebagai contoh suara si isteri dalam kempen Wanita Cegah COVID-19.

Disebabkan itu, habis viral di media sosial sebab menyamakan Wanita dengan Doraemon, sehingga beberapa artis turut membuat contoh tiru suara Doraemon di laman media sosial mereka. Juga terdapat beberapa laman yang lain turut memboikot pekara ini dengan perkongsian poster Doraemon.

 

1 of 3
- +
Sumber: The Star

Netizen, biasalah benda macam ini mulalah viral, “menganjing”, heboh sini sana. Tapi kami kat sini sebenarnya bukan makhluk serbegitu sebab kami lagi rela luangkan masa main game-game Doraemon bersama keluarga waktu-waktu PKP ini dari layan kerenah yang memperlekahkan diri sendiri. Jadi apa kata korang pun lakukan perkara yang sama, ajak ahli keluarga anda bersama menikmati game yang ada Doraemon pulak! Okay jom usha senarai kitorang kat bawah ni!

Doraemon Repair Shop Seasons (Mobile Game)

Penduduk bandar sedang melakukan pembersihan musim bunga. Peralatan dan perabot lama yang rosak telah dibuang keluar dari rumah. Pembaziran! Melihat semua ini, kucing robot kegemaran kami memikirkan rancangan genius. Dia berkolaborasi dengan rakan-rakannya dan membuka sebuah kedai pembaikan menggunakan alat-alat masa depannya untuk membantu membaiki dan mengembalikan pelbagai barangan yang baik seperti baru! Sebagai pertukaran untuk pembaikan, penduduk bandar yang gembira akan memberikan Doraemon snek kegemarannya: Dorayaki! Jadi jom bantu Doraemon dan rakan-rakannya dalam misi ni!

 

1 of 5
- +

Ciri-ciri:

  • Nikmati 9 tahap yang mencabar yang terdapat dalam gaya seni Doraemon
  • Berjumpa dengan Doraemon dan rakan-rakan untuk menjalankan kedai pembaikan
  • Gunakan alat cerdik Doraemon untuk membaiki barang-barang: Rekonstruksikan Flash Light, Time Cloth, Dismantling Screwdriver, Boost Potion, Super Battery dan X-Ray Camera
  • Tingkatkan alat anda untuk pengeluaran lebih cepat
  • Melatih Doraemon dan kawan-kawan untuk kecekapan yang lebih baik
  • Dapatkan rangsangan sementara menggunakan alat menakjubkan dari Doraemon!
  • Tema yang cantik dan berubah untuk menyesuaikan musim
Muat Turun Doraemon Repair Shop Seasons!

Doraemon: Story of Seasons (Nintendo; PC via Steam)

Doraemon Story of Seasons adalah permainan video peranan simulasi peragaan untuk Nintendo Switch dan Microsoft Windows yang merupakan crossover dari siri permainan video Story of Seasons dan frasa Doraemon. Permainan ini dibangunkan oleh Brownies dan Marvelous dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment. Yang ni korang boleh usha semula review kami dibawah ini;

Doraemon: Story Of Seasons Review – Giliran Kamu untuk Bantu Nobita! Bukan lagi Doraemon!

KEPERLUAN SISTEM – Doraemon: Story of Seasons (PC)
MINIMUM: Requires a 64-bit processor and operating system
OS: Windows 7 SP1 64-bit or Windows 10 64-bit
Pemproses: Intel Core2 Duo E8400 or AMD Phenom II X2 550
Memori: 4 GB RAM
Grafik: GeForce 9800 GTX+ or Radeon HD 3870
DirectX: Version 11
Storan: 750 MB available space
Sound Card: DirectX compatible soundcard or onboard chipset
Muat Turun DORAEMON STORY OF SEASONS!

Doraemon: Nobita’s Chronicle of the Moon Exploration (Nintendo Switch)

Permainan ini, berdasarkan filem yang sama pada 1 Mac 2019 dengan nama yang sama, melihat para pemain memupuk “Rabbit Kingdom” mereka sendiri seperti yang muncul dalam filem itu untuk mencipta kerajaan mereka sendiri. Pemain juga boleh mengawal Doraemon, Nobita, Giant, Suneo dan Shizuka untuk berjalan di sekitar peta, serta cerita permainan adalah sama seperti filem. Di samping itu, terdapat pelbagai permainan mini, termasuk perlumbaan, tindakan, dan teka-teki.

Doraemon Gadget Rush (Mobile Game)

Ketika Doraemon tidur dengan lena, pencuri alien teknologi mencuri setiap alat yang terletak di Pocket 4D Doraemon. Setelah bangun, Doraemon membuka sakunya dan menyedari bahawa semua alat dalam poketnya hilang dan panik. Ia terpulang kepada dia untuk membawa balik setiap alat yang diambil oleh alien tersebut!

Ciri-ciri:

  • Menampilkan Doraemon yang comel dan kawan-kawannya!
  • Permainan teka-teki jubin padu dengan mekanik RPG
  • Menaik taraf watak anda: Tingkatkan dan buka kunci senjata yang kuat
  • Buka kunci Nobita, Shizuka, Giant dan Suneo untuk membantu Doraemon dalam pencariannya
  • Dapatkan semua 30 alat Doraemon!
  • Semak Cabutan Bertuah harian untuk memenangi hadiah hebat!
  • Menghancurkan gems yang mencukupi untuk mendapatkan Tokoh Draw Lucky percuma!
  • Bandingkan skor dengan rakan melalui Facebook!
Muat Turun Doraemon Gadget Rush!

Okay! Dah tak payah nak heboh viral sana sini! Jom muat turun game-game Doraemon ini semua yang akan menghiburkan korang okay!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DoraemonDoraemon Gadget RushDoraemon Repair Shop SeasonsDoraemon: Nobita's Chronicle of the Moon ExplorationDoraemon: Story of SeasonsKeluarga dan MasyarakatKementerian Pembangunan Wanita
Previous Post

Pre-Register game mobile terbaru “Mass for the Dead” dari Crunchyroll Games dibuka!

Next Post

Spesifikasi minimum untuk Resident Evil 3 Remake!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Spesifikasi minimum untuk Resident Evil 3 Remake!

Spesifikasi minimum untuk Resident Evil 3 Remake!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd