Darktide adalah entri terbaru dalam francais Warhammer 40,000 dan merupakan game co-op multiplayer first-person shooter (FPS) yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Fatshark. Setelah menjalani fasa ujian teknikal, dan beta tertutup, akhirnya Warhammer 40,000: Darktide tersedia untuk muat turun oleh semua di platform PC melalui Steam dan Xbox Series X/S.

Jika anda dan kawan-kawan masih “baru” dalam Darktide, inilah rumusan padat tapi ringkas supaya semua faham tentang sistem dan mekanik permainan! Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah isi kandungan:
Di ruang paling dalam, benih-benih rasuah mengancam untuk sebarkan gelombang kegelapan yang besar. Sebuah organisasi sesat yang dikenali sebagai Admonition berusaha untuk mengawal planet Atoma Prime dan menzalimi penduduknya. Kini, ia terpulang kepada anda dan rakan sekutu dalam Inquisition untuk membasmi musuh sebelum bandar itu tunduk kepada Chaos.
Sinopsis
Aksi co-op pantas tapi brutal

Untuk mengembangkan lagi sistem pertempuran Vermintide 2 yang cemerlang, Warhammer 40,000: Darktide memperkenalkan mekanik “campuran senjata” kepada gameplay. Di sini, pemain harus menjaga keseimbangan antara pertempuran jarak jauh dan jarak dekat dengan memanfaatkan pelbagai senjata semasa melawan musuh beramai-ramai.
Sebagai contoh, kita boleh menyerang secara jarak dekat menggunakan kapak lalu senyapkan musuh memakai lasgun; atau menghalang gerombolan musuh dengan flamethrower dan SMG untuk membolehkan pasukan lintas. Ingat, setiap senjata amat penting tetapi cara kita menggunakannya adalah kunci kemenangan.

Selain itu, Fatshark memperkenalkan elemen seperti sprinting, vaulting, sliding dan lain-lain untuk membolehkan aliran aksi lebih lancar dan bervariasi bagi pemain menguruskan ancaman yang mendatang.
Misi yang tidak diduga

Bersama pemain lain, kita akan bermula di Hab Morningstar yang menjadi tempat kita membeli atau menaik taraf senjata dan peralatan melalui kedai sekitar; dan mengakses pelbagai misi secara solo atau bersama kawan-kawan di Mission Terminal.
Apabila menyelesaikan lebih banyak misi, semakin banyak lah kita akan dipercayai oleh The Inquisition. Kemajuan ini akan diserlahkan di Mission Terminal, lantas membuka tahap kesukaran yang lebih tinggi tetapi mengandungi ganjaran lebih baik.

Bukan itu sahaja yang menyukarkan misi kita! Kuasa Chaos kadangkala boleh menambah cabaran rawak kepada misi semasa dan dalam situasi ini, satu pasukan harus belajar untuk menyesuaikan diri, dengan menggunakan taktik baharu dan menukar persiapan senjata untuk menghadapi cabaran kejam tersebut.
Tentukan playstyle watak anda

Game ini memberi kebebasan penuh untuk kita mencipta watak sendiri yang unik dan ubah suai rupa fizikal, suara dan asal usul mereka. Pada masa yang sama, pilih kelas anda untuk menentukan ciri unik dan set kemahiran yang akan kita gunakan dalam pertempuran. Di penghujung hari, semuanya terpulang kepada anda.
Sebanyak 4 kelas disediakan dan berikut adalah penjelasan ringkas:
Psyker: Psykinetic
Psyker: Psykinetic menggunakan kuasa “Warp” dalam pertempuran dan boleh dianggap sebagai sejenis “mage”. Untuk Psyker, pemain mesti belajar cara memposisikan diri pada jarak yang jauh dari musuh supaya mereka tidak dikerumun sambil melakukan damage.
Psyker akan memperoleh “Warp Charges” apabila membunuh musuh – yang membuatkan serangan kita semakin kuat tetapi juga meningkat status Peril. Namun, damage tinggi ini mendatangkan kesan berbahaya. Jika Peril tidak dijaga (melalui meditasi), seorang Psyker boleh meletupkan diri sendiri tanpa sengaja.
Zealot: Preacher
Pemain yang lebih suka gameplay agresif pasti akan suka Zealot. Untuk kelas ini, ia amat penting untuk belajar “cara-cara dan bila untuk bertukar” antara pertempuran jarak jauh dan jarak dekat kerana suasana pertempuran boleh menjadi sangat huru-hara apabila kita di tengah-tengah gerombolan musuh.
Pendek kata, sebagai Zealot, anda boleh menghadapi sekumpulan musuh tanpa masalah sambil memberikan damage setaraf kepada musuh lebih kuat dan berperisai. Pada masa yang sama, semakin rendah HP kita, semakin banyak damage yang boleh dilakukan oleh Zealot. Walaupun serangan anda kuat, jangan lupa penting untuk mengawasi HP.
Ogryn: Skullbreaker
Besar dan kuat, kekuatan warga Ogryn membuatkan kelas ini sangat sesuai untuk menghadapi semua jenis musuh kerana ia berfungsi sebagai “tank” untuk menahan serangan musuh dan menjadi pelindung bagi rakan sepasukan.
Bagi mereka yang memakai Ogryn, anda akan menjadi orang pertama untuk menghadapi musuh, dan merupakan kelas yang cemerlang dalam pertempuran jarak dekat terhadap musuh teguh dan berperisai.
Veteran: Sharpshooter
Sharpshooter, khususnya, telah berlatih panjang dalam pertempuran jarak jauh, dan paling mahir dalam senjata jarak jauh seperti lasgun atau autogun.
Setelah mengaktifkan abiliti , pergerakan Sharpshooter akan diperlahankan sebagai ganti untuk peningkatan pada damage weak spot, ketepatan dan handling. Bukan itu sahaja, deria Veteran juga menjadi semakin tajam lantas membantu kita mengenal pasti golongan musuh elit dan istimewa dalam khalayak ramai atau dari jauh.
Kelas Sharpshooter paling sesuai untuk mereka yang tidak biasa dengan francais Warhammer, kerana mempunyai persamaan dengan kelas standard dalam majoriti shooter.

Warhammer 40,000: Darktide akan keluar pada 30 November 2022 untuk PC melalui Steam dan Xbox Series X/S.
Walaupun Warhammer 40,000 : Darktide telah dilancarkan sejak 30 November, Steam masih akan memberikan ganjaran ‘pre-purchase’ semasa minggu pertama pelancaran (iaitu 1/12/2022 – 7/12/2022). Pemain yang membeli Darktide akan tetap menerima ganjaran pre-purchase termasuk avatar frame dan aksesori serta item edisi terhad lain.
@gamersantaimy
Discussion about this post