Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dapatkan Predator Triton 500 & Acer Nitro 5 hari ini! Kedua-dua dikuasakan oleh pemproses 10th Gen Intel Core!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 11, 2020 - Updated on June 28, 2020
in Artikel, Berita, Produk, Promosi, Teknologi
0 0
0
Dapatkan Predator Triton 500 & Acer Nitro 5 hari ini! Kedua-dua dikuasakan oleh pemproses 10th Gen Intel Core!
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia hari ini mengumumkan bahawa gaming laptop Predator Triton 500 dan Acer Nitro 5 kini boleh didapati dengan pemproses 10th Gen Intel Core. Sempena itu, promosi pelancaran diadakan pada 15-19 Jun 2020 secara eksklusif di Acer eStore dan Lazada.

Predator Triton 500 dan Acer Nitro 5 sangat popular di kalangan gamers yang ingin menikmati permainan bebas kabur pada paparan FHD IPS 15.6 inci. Selain daripada pemproses 10th Gen Intel Core terbaru, gaming laptop ini dilengkapi dengan 16GB RAM yang boleh ditingkatkan sehingga 32GB RAM dan 512GB PCIe NVMe SSD. Untuk memenuhi keperluan gamer, Acer Nitro 5 dilengkapi dengan slot M.2 tambahan dan slot HDD dengan kit upgrade HDD.

Untuk memastikan penggunaan jalur lebar sentiasa diutamakan, Killer DoubleShot Pro yang selalu tampil dalam siri Predator kini diturunkan ke Acer Nitro 5 terbaru. Kombinasi Intel Wireless Wi-Fi 6 dan Killer Ethernet E2600 meningkatkan kelajuan, kestabilan dan prestasi rangkaian untuk membolehkan gamers memanfaatkan sepenuhnya kekuatan peranti.

Predator Triton 500

Dikuasakan oleh pemproses 10th Gen Intel Core dengan pilihan pemproses grafik NVIDIA GeForce RTX 2070 (Max-Q)  atau RTX 2070 Super, Triton 500 memuatkan semua ini ke dalam casis logam senipis 17.9 mm dengan berat hanya 2.1 kg. Predator Triton 500 menawarkan paparan FHD IPS 15.6 inci dengan kadar penyegaran 300Hz dan masa tindak balas 3ms dengan NVIDIA G-SYNC untuk menyampaikan kandungan secara lancar dan terperinci.

Untuk penyejukan, terdapat kipas 4th Gen AeroBlade 3D. Bersama teknologi CoolBoost dan Acer Vortex Flow, aliran udara ditingkatkan untuk memaksimumkan prestasi sambil mengurangkan kebisingan. Dengan hanya satu tekan tombol di PredatorSense, pemain dapat memantau, mengawal dan “overclock” peranti serta mengubah suai efek pencahayaan RGB pada papan kekunci.

Harga runcit bermula daripada RM7,999 dan Predator Triton 500 tersedia untuk promosi di Acer eStore dan Lazada secara eksklusif bermula 15 Jun 2020. Pada 20 Jun 2020, ia sah di semua pengedar rasmi Predator di Malaysia.

Acer Nitro 5

Efek pencahayaan RGB menambahkan keseronokan dalam permainan video dan Acer Nitro 5 membolehkan pemain mengubah suai papan kekunci RGB melalui NitroSense. Dengan reka bentuk baru, Acer Nitro 5 menampilkan beberapa penyelesaian termal inovatif seperti sistem penyejukan dua kipas dan ventilasi dan ekzos yang ditempatkan secara strategik untuk mencapai peningkatan 25% dalam prestasi termal berbanding model 2019. Selain itu, teknologi CoolBoost mampu meningkatkan kelajuan kipas sebanyak 10% dan penyejukan CPU/GPU sebanyak 9% untuk mengoptimumkan lagi kecekapan penyejukan walaupun di bawah beban berat.

Bagi pemain kasual yang mencari peranti gaming pada harga yang berpatutan tetapi mempunyai prestasi yang lebih baik, Acer Nitro 5 yang dilengkapi dengan pemproses 10th Gen Intel Core i7 dan NVIDIA GeForce GTX 1660Ti dijual pada RM4,899, manakala versi pemproses 10th Gen Intel Core i5 dan NVIDIA GeForce GTX 1650Ti pula berharga RM3,799. Kedua-duanya boleh didapati di semua kedai atas talian rasmi Acer dan semua pengedar sah Acer di Malaysia.


Untuk meraikan kedatangan kedua-dua peranti ini, Acer Malaysia menawarkan hadiah percuma bernilai lebih daripada RM2,700 dengan pembelian eksklusif Predator Triton 500 atau Acer Nitro 5 di Acer eStore dan Lazada bermula 15 hingga 19 Jun 2020. Hadiah percuma termasuk kerusi Predator Gaming, headset gaming Predator Galea 350, tetikus Predator Cestus dan Predator Gaming Urban Backpack.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi Facebook Acer Malaysia atau hubungi Infoline Produk Acer di 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat), WhatsApp ke +6011-1062 8865, atau e-mel [email protected].

Authorized reseller yang menawarkan promosi  
Acer Certified Store – NBP
https://www.lazada.com.my/shop/acer-official-store/
Acer Certified Store – Aoneplus https://www.lazada.com.my/shop/acer-store-aoneplus
Acer Certified Store – Senheng https://www.lazada.com.my/shop/acer-authorized-store
Acer eStore https://store.acer.com/en-my/
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AcerAcer Nitro 5LaptopPredator Triton 500
Previous Post

Kartun klasik menjadi game mobile! Ujian beta tertutup untuk Tom and Jerry: Chase bermula hari ini di Malaysia & Indonesia!

Next Post

Rainbow Six Siege adalah percuma pada hujung minggu ini! Sesuai untuk mereka yang ingin cuba!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Rainbow Six Siege adalah percuma pada hujung minggu ini! Sesuai untuk mereka yang ingin cuba!

Rainbow Six Siege adalah percuma pada hujung minggu ini! Sesuai untuk mereka yang ingin cuba!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd