Beberapa bulan yang lalu, kita telah didedahkan dengan game board Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- Sweep the Board! Kalau anda ingin tahu game board ini akan dilancarkan di Nintendo Switch pada 25 April 2024. Yang menariknya, SEGA telah mengumumkan bahawa terdapat bonus yang boleh didapatkan pemain yang membuat pembelian awal untuk versi fizikal game ini!
Bonus tersebut adalah pelekat yang memaparkan ilustrasi baharu watak berbentuk mini yang dihasilkan oleh ufotable! Memang comel betul rekaan mereka ini!

Tentang Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- Sweep the Board!
Game ini membawa semula pemain ke tempat-tempat dalam siri anime Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba, seperti Mount Fujikasane dan Asakusa. Dengan membaling dadu untuk bergerak, pemain juga akan mengalami perubahan pagi dan malam.
Pada waktu pagi, anda akan bermain event dan mini-game untuk bersedia pada waktu malam, di mana anda akan mencari demon untuk dikalahkan dan menjadi Demon-Slayer.
Pemain akan memilih watak kegemaran termasuklah Tanjiro, Zenitsu, Inosuke dan sembilan Hashira yang lain! Nezuko yang tidak aktif pada waktu pagi akan muncul sebagai watak sampingan untuk membantu pemain sepanjang game.
Untuk mini-game, di mana anda menyerang demon seperti Hand Demon, di mana anda akan mengayun Joy-Con seperti Pedang Nichirin untuk menyerang!

Jadi buat anda yang inginkan pelekat comel ini, kenalah pra-tempah Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- Sweep the Board! versi fizikal sekarang! Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Demon slayer daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post