Bersempena pelancaran Monster Hunter Wilds pada 28 Februari 2025, MSI menawarkan promosi istimewa kepada para gamer yang ingin menaik taraf setup PC mereka. Bermula 1 Februari, sesiapa yang membeli monitor gaming MSI terpilih akan menerima kod game percuma untuk Monster Hunter Wilds versi PC, serta ganjaran tambahan bagi model premium.
Sepanjang tempoh promosi hingga 31 Mac 2025, mereka yang membeli monitor MSI terpilih berpeluang menebus ganjaran eksklusif yang ditawarkan.

Secara khusus lagi; dengan mana-mana pembelian daripada siri QD-OLED, anda akan menerima game Monster Hunter Wilds PC Standard Edition dan kredit Steam Wallet sebanyak $30; manakala mana-mana pembelian daripada siri 4K hanya akan memberi game Monster Hunter Wilds PC Standard Edition sahaja.
Tindak cepat! Ganjaran adalah terhad dan hanya tersedia selagi stok masih ada.
Cara Menebus Ganjaran
- Beli monitor gaming MSI yang layak dalam tempoh promosi.
- Tinggalkan ulasan di halaman pelanggan MSI yang ditetapkan.
- Tebus ganjaran anda melalui laman promosi rasmi: MSI Monster Hunter Wilds Bundle.
Jadi monitor yang yang layak? Berikut adalah senarai lengkap:
Model QD-OLED yang Layak:
- MPG 491CQPX QD OLED ST
- MPG 491CQP QD OLED
- MPG 341CQPX QD OLED
- MPG 322URX QD OLED
- MPG 321URXW QD OLED
- MPG 321URX QD OLED
- MPG 321CURX QD OLED
- MAG 341CQP QD OLED
- MAG 321UPX QD OLED
- MAG 321UP QD OLED
- MAG 273QP QD OLED X24
Model Monitor Gaming Berprestasi Tinggi yang Layak:
- Optix MPG321UR QD
- MAG 274QRF QD E2
- MAG 274URF QD
- MAG 321CUPDF
- MAG 321CUP

Apa itu Monster Hunter Wilds?
Selami dunia liar Monster Hunter Wilds, di mana para Hunter yang berani berdepan dengan raksasa gergasi dalam ekspedisi berbahaya. Di tengah kisah epik ini ialah Nata, seorang budak lelaki yang berjaya melarikan diri daripada raksasa misteri yang menakutkan.
Peristiwa ini membawa kepada satu ekspedisi ke Forbidden Lands, di mana para Hunter perlu merungkai rahsia yang tersembunyi di wilayah berbahaya ini.
Dari hutan rimba hingga padang pasir yang kejam, pemain akan meneroka landskap yang dipenuhi dengan raksasa ikonik serta makhluk baharu. Pertempuran pun lebih dinamik! Semua 14 jenis senjata dari Monster Hunter: World kembali dengan pelbagai gerakan dan mekanik baharu bagi meningkatkan pengalaman.
Selain itu, sistem dual weapon diperkenalkan, membolehkan pemain membawa dan bertukar antara dua senjata secara langsung dalam pertempuran.
Mod multiplayer juga diperluaskan dengan sokongan co-op 4 pemain dan crossplay antara platform. Bagi pemain solo, anda boleh memanggil Hunter AI sebagai rakan sepasukan, memastikan setiap pemburuan tetap mencabar, sama ada bermain sendiri atau bersama rakan-rakan.
@gamersantaimy
Discussion about this post