Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dapatkan laptop belajar semurah RM1,499 bersama ASUS Back-to-School Promo

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 14, 2022
in Artikel, Berita, Laptop, Promosi, Teknologi
0 0
0
Dapatkan laptop belajar semurah RM1,499 bersama ASUS Back-to-School Promo
Share on FacebookShare on Twitter

Memandangkan COVID-19 masih berleluasa, ramai kanak-kanak harus membiasakan diri dengan sistem pendidikan serba baharu. Oleh itu, ASUS kini menawarkan cashback sebanyak RM150 untuk laptop ASUS BR1100 sempena “ASUS Back-to-School Promo”. Promosi ini sudah bermula sejak 18 Februari lalu dan akan diteruskan sampai 3 April 2022.

Siri BR1100 adalah barisan laptop yang tertumpu pada pendidikan dan tersedia dalam bentuk “clamshell” 11.6 inci (BR1100C) untuk pengalaman tradisional dan reka bentuk “convertible multi-touch tablet” 11.6 inci (BR1100F).

Laptop BR1100 dibina mengikut standard gred tentera untuk bertahan kelasakan hidup di dalam rumah, di luar dan di dalam bilik darjah, dengan tapak “bumper” getah dan keyboard kalis tumpahan. Laptop ini juga menyokong 4G LTE dan sehingga WiFi 6 untuk sambungan internet pantas, serta mempunyai teknologi AI noise-cancelling.

Kedua-dua laptop ASUS BR1100 mempunyai storan 128 GB eMMC, dan slot SSD M.2 sehingga 1TB. Selain itu, jangka hayat bateri boleh bertahan sehingga 10 jam dengan sekali cas, supaya pelajar dapat fokus pada pembelajaran tanpa gangguan.

Selain itu, BR1100F juga menawarkan pilihan stylus untuk membantu pelajar menulis atau melukis setiap butiran dengan tepat. Stylus ini juga pantas untuk dicas, di mana pengecasan selama 15 saat dapat bertahan sehingga 45 minit mengikut data.

Seterusnya, model BR1100F mempunyai kamera yang terletak di atas keyboard. Khas untuk panggilan video, kamera boleh dipakai dalam mode tradisional dan tablet. Bagi I/O, kedua-dua laptop mempunyai port USB Type-C(USB-C™) 3.2 Gen 2 bersama USB 3.2 Gen 1 Type-A, HDMI, pembaca kad mikroSD dan port Ethernet (RJ45) untuk rangkaian berwayar.

Akhir sekali adalah skrinnya juga diperakui oleh TÜV Rheinland yang membantu melindungi mata pelajar daripada cahaya biru.

Berikut adalah spesifikasi bagi setiap model menurut ASUS:

BR1100FK-ABP0423R (RM1,699)

  • Intel® Celeron® N4500 Processor 1.1 GHz (4M Cache, up to 2.8 GHz, 2 cores)
  • Windows 10 Pro
  • 11.6″HD (Touch Flip)
  • Intel® UHD Graphics
  • 4G DDR4
  • 128G eMMC
  • 1x HDMI 1.4
  • 1x 3.5mm Combo Audio Jack
  • 1x RJ45 LAN Jack for LAN insert(10/100/1000)
  • 1x DC-in//1x USB 2.0 Type-A
  • 1x USB 3.2 Gen 1 Type-A
  • 1x USB 3.2 Gen 2 Type-C support power delivery
  • 1 Year On-site
  • Sleeve / Stylus

BR1100CK-AGJ0378R (RM1,499)

  • Intel® Celeron® N4500 Processor 1.1 GHz (4M Cache, up to 2.8 GHz, 2 cores)
  • Windows 10 Pro
  • 11.6″HD (Touch Flip)
  • Intel® UHD Graphics
  • 4G DDR4
  • 128G eMMC
  • 1x HDMI 1.4
  • 1x 3.5mm Combo Audio Jack
  • 1x RJ45 LAN Jack for LAN insert(10/100/1000)
  • 1x DC-in//1x USB 2.0 Type-A
  • 1x USB 3.2 Gen 1 Type-A
  • 1x USB 3.2 Gen 2 Type-C support power delivery
  • 1 Year On-site
  • Sleeve

Untuk maklumat lanjut tentang ASUS Back-to-School Promo, sila tekan SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AsusLaptop
Previous Post

Anime Overlord S4 akan dikeluarkan pada Julai 2022 berserta game baru!

Next Post

Black Clover mengeluarkan teaser untuk filem pertama dan game untuk mobile

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Black Clover mengeluarkan teaser untuk filem pertama dan game untuk mobile

Black Clover mengeluarkan teaser untuk filem pertama dan game untuk mobile

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd