Arc System Works hari ini mendedahkan watak baru bernama Jack-O yang bakal tiba di DLC kedua Guilty Gear Strive! Pemain yang mempunyai Season 1 Pass boleh mendapatkan watak ini secara percuma pada 27 Ogos 2021, dan mereka yang tidak menggunakan pas musim boleh membelinya pada 30 Ogos nanti. Selain Jack-O, pemain juga akan mendapat pek warna baru untuk watak terpilih di Guilty Gear Strive.
Dalam video trailer yang dikongsikan, kita dapat lihat kemampuan Jack-O boleh mengawal lapangan dari jarak jauh dan dekat menggunakan minion. Gaya pertempurannya direka dari konsep strategi real-time menara pertahanan Guilty Gear 2 Overture, tetapi ia tidak mempamerkan fungsi ini. Arc System Works tidak menunjukkan keseluruhan kit yang ada pada watak, jadi sukar untuk kita memahami keseluruhan mekanik Jack-O.
Jack-O pertama kali muncul sebagai watak yang boleh dimainkan ketika di Guilty Gear Xrd. Pada 27 Julai 2021 yang lalu, Goldlewis Dickenson telah membuat penampilan debutnya di pertarungan sebagai watak DLC yang pertama untuk Guilty Gear Strive. Selepas Jack-O, pembangun akan memperkenalkan watak DLC terakhir untuk tahun 2021 tidak lama lagi.

Berbeza dengan Goldlewis sebelum ini, ia mempunyai gameplay yang ditunjukkan dalam trailer supaya pemain dapat membiasakan diri dengan gayanya. Mungkin Jack-O juga akan menerima video trailer gameplay yang serupa dengan Goldlewis dalam masa terdekat ini bagi menarik ramai pemain untuk mendapatkannya.

Anda boleh mendapatkan watak Jack-O di DLC kedua Guilty Gear Strive bermula 27 Ogos 2021 nanti secara percuma jika mempunyai Season 1 Pass. Manakala untuk pemain yang tidak mempunyai pas musim ini, anda boleh membelinya pada 30 Ogos 2021, tetapi harganya tidak diberitahu oleh Arc System Network. Guilty Gear Strive kini tersedia dimainkan di PlayStation 5, PlayStation 4 dan Windows PC! Bagi yang berminat, anda boleh membaca ulasan Guilty Gear Strive dari kami atau segala liputan berkaitan game ini di pautan tersedia.

@gamersantaimy
Discussion about this post