Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dapatkan Adaptasi Novel Ringan “Suzume” Sekarang! Tersedia Secara Online Serta Kedai Buku Terpilih!

Maira by Maira
December 28, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Produk
0 0
0
Dapatkan Adaptasi Novel Ringan “Suzume” Sekarang! Tersedia Secara Online Serta Kedai Buku Terpilih!
Share on FacebookShare on Twitter

Sementara kita menunggu tarikh tayangan untuk Suzume, filem terbaru daripada Makoto Shinkai, bolehlah anda semua baca dahulu novel ringannya. Terjual sebanyak 350 ribu salinan di Jepun, KADOKAWA GEMPAK STARZ telah menerbitkan novel ringan tersebut di Malaysia.

Suzume novel

Bertajuk Suzume, novel ringan tersebut boleh mula didapatkan bermula 17 Disember 2022 dengan berharga RM 20 (Semenanjung) dan RM 22 (Sabah dan Sarawak) untuk versi bahasa Melayu. Untuk versi bahasa Cina pula, ianya akan diterbitkan pada Februari 2023.

Kalau anda ingin tahu, filem Suzume telah pun ditayangkan di Jepun pada 11 November yang lalu. Setakat 19 Disember 2022, filem tersebut telah meraih untung ¥9.34 billion (RM 310.8 juta) di Jepun. Ia juga debut di tangga pertama untuk box office Jepun dan mengaut ¥1.88 bilion (RM62.56 juta) daripada tayangan IMAX awal dan selama tiga hari pertamanya.

Makoto Shinkai ialah seorang pengarah filem dan penulis untuk beberapa karya terkenal seperti ‘Your Name’ dan ‘Weathering with You’. Kedua-dua filem itu telah mendapat perhatian seluruh dunia kerana filem ‘Your Name’ telah mencatatkan kutipan lebih ¥41.44 bilion (RM1,378 juta) manakala filem ‘Weathering with You’ telah meraih kutipan AS$193.8 juta (RM856 juta) di seluruh dunia.

Versi novel untuk kedua-dua filem juga mendapat perhatian besar dengan lebih 1 juta naskhah terjual.

Novel ringan “Suzume” boleh didapati di kedai seperti berikut:

  • Kedai rasmi Gempak Starz
  • Shopee
  • Lazada
  • Kedai Buku POPULAR
  • KINOKUNIYA
  • Kedai buku terpilih
  • 7-Eleven di seluruh Malaysia

Sinopsis Suzume

Kebenaran di sebalik pintu…

Gadis 17 tahun bernama Suzume tinggal bersama mak ciknya di bandar pelabuhan Kyushu yang terpencil. Suatu hari dalam perjalanan ke sekolah, dia terserempak dengan pemuda kacak yang berkata, “Aku tengah cari pintu”.

Suzume mengikut pemuda bernama Souta itu hingga ke lokasi terbiar dalam hutan. Tapi yang ada di situ cuma sebuah pintu putih lama di tengah-tengah runtuhan. Seakan terpanggil, Suzume memulas tombol pintu itu. Namun tiba-tiba kejadian aneh mula berlaku…

Apa yang berlaku pada Suzume dan Souta selepas itu? Ikuti kembara Suzume ‘mengunci’ pintu yang menghubungkan masa kini, masa lampau dan masa depan!

Suzume novel

Novel ini disertakan dengan hadiah percuma edisi terhad untuk setiap pembelian iaitu door hanger dengan ilustrasi filem (selagi stok masih ada). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh ikuti media sosial Gempak Starz berikut:

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Twitter
  • Youtube
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Kadokawa Gempak StarzLight Novelnovel ringanSuzumeSuzume no Tojimari
Previous Post

Puss in Boots: The Last Wish Review — Dalam Misi Mencari Nyawa Tambahan

Next Post

Kerana masalah kesihatan pencipta, Hunter x Hunter kembali hiatus!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025
Smartphone

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

May 30, 2025
Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi
Remastered

Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi

May 30, 2025
FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun
Remake

FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun

May 30, 2025
Next Post
Kerana masalah kesihatan pencipta, Hunter x Hunter kembali hiatus!

Kerana masalah kesihatan pencipta, Hunter x Hunter kembali hiatus!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd