MSI mengumumkan kolaborasi terbarunya bersama AMD dengan melancarkan bundle Radeon Raise the Game Fully Loaded yang mengandungi 3 game percuma termasuk Sniper Elite 5, Saints Row dan Evil Genius 2. Anda boleh dapatkan bundle ini dengan membeli laptop MSI yang dikuasakan oleh kad grafik AMD Radeon RX 6000 series bermula 21 Jun sehingga 13 Ogos 2022.
Buat masa sekarang, terdapat hanya 3 laptop yang menggunakan kad grafik AMD Radeon siri RX 6000 series iaitu MSI Delta 15, MSI Alpha 15 dan Alpha 17. Walaupun tidak banyak pilihan, saya pasti spesifikasi kedua-dua laptop ini mampu memberikan prestasi yang baik. Berikut adalah spesifikasi bagi ketiga-tiga laptop.
MSI Delta 15

- CPU
- Sehingga AMD Ryzen™ 9 5000 H-Processors
- OS
- Windows 10 Home (Naik taraf PERCUMA ke Windows 11)
- Paparan
- 15.6″ FHD (1920×1080), 144Hz, Tahap IPS
- 15.6″ FHD (1920×1080), 240Hz, Tahap IPS
- GPU
- AMD Radeon™ RX 6700M dengan 10GB GDDR6
- RAM
- DDR4-3200 – 2 Slot – Maks 64GB
- Storage
- 2x slot SSD M.2 (NVMe PCIe Gen3)
MSI Alpha 15

- CPU
- Sehingga AMD Ryzen™ 7 5000 H-Processors
- OS
- Windows 10 Home (Naik Taraf PERCUMA kepada Windows 11)
- Paparan
- 15.6″ FHD (1920×1080), 144Hz, Tahap IPS
- GPU
- AMD Radeon™ RX 6600M dengan 8GB GDDR6
- RAM
- DDR4-3200 – 2 Slot – Maks 64GB
- Storage
- 2x slot SSD M.2 (NVMe PCIe Gen3)
MSI Alpha 17

- CPU
- Sehingga AMD Ryzen™ 7 5000 H-Processors
- OS
- Windows 10 Home Naik Taraf PERCUMA kepada Windows 11
- Paparan
- 17.3″ FHD (1920×1080), 144Hz, Tahap IPS
- GPU
- AMD Radeon™ RX 6600M dengan 8GB GDDR6
- RAM
- DDR4-3200 – 2 Slot – Maks 64GB
- Storage
- 2x slot SSD M.2 (NVMe PCIe Gen3)

Saya ingin mengingatkan anda sekali lagi bahawa promosi ini telah berlangsung sejak 21 Jun sehingga 13 Ogos 2022. Manakala waktu tebusan bundle ini bermula pada 21 Jun hingga 13 September 2022. Radeon Raise the Game Fully Loaded ini hanya tersedia kepada laptop MSI yang dikuasakan oleh kad grafik AMD Radeon RX 6000 series sahaja.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post