Pembikin game Transistor dan Bastion iaitu Supergiant Games dah umumkan projek terbaru diorang iaitu Hades. Game ni merupakan isometric action, dan korang akan rasa macam nampak bayang-bayang dunia Sanctuary Diablo.
Tapi apa kelainannya ialah watak kat screen lincah gila, that’s why aku cakap sekali tengok macam nampak Dante terkandas kat Sanctuary (peh terbayang plak Dante pergi sembelih Diablo, mau Imperius pun disembelinya). Skang ni Hades dah ada kat game store Epic, dengan harga $19.99.
Defy the god of death as you hack and slash your way out of the Underworld in Hades – a rogue-like dungeon crawler from @SupergiantGames – the creators of Bastion and Transistor. – https://t.co/gRwpA8GpGk pic.twitter.com/b3xkYituMw
— Epic Games Store (@EpicGames) December 8, 2018
Tengok trailer nampak promising, why not korang try? Then roger-roger la camne, best ke tak. Kelebihan beli barang early access ni, korang confirm akan dapat banyak updates dan enhancement untuk game tu sebab developer dia masih lagi dalam proses membangunkan game tu.
Korang leh tengok sini, gameplay; art style dan aku rasa voice over hero dia macam tak masuk dan dialog sedikit corny:
Nak beli? Pergi ke sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post