Danganronpa: Trigger Happy Havoc, Danganronpa 2: Goodbye Despair, dan Danganronpa V3: Killing Harmony semuanya akan menuju ke pelantar telefon pintar anda! Berita gembira, kan? Apa yang tidak menggembirakan ialah kita masih belum mempunyai tarikh rasmi keluaran.
Famitsu (melalui Gematsu) melaporkan bahawa “Anniversary Editions” akan menampilkan UI serba baru, kawalan skrin sentuh yang lebih baik, dan beberapa galeri di mana anda boleh melihat seni, acara, ekspresi, dan klip suara dalam permainan.
Spike Chunsoft juga telah mengumumkan bahawa Dangan TV: Hope Goes Forward!, sebuah siaran langsung yang menyampaikan berita tentang ulang tahun ke-10 Danganronpa, akan dijadualkan pada pukul 8:00PM Isnin pada 21 Mei. Gematsu melaporkan bahawa siaran langsung ini akan menampilkan ramai tetamu istimewa, maklumat mengenai acara-acara akan datang, dan lain-lain.
Sekiranya anda tidak tahu siri terkenal ini, Danganronpa ialah game visual novel dengan unsur penyiasatan. Anda akan terperangkap di sebuah pulau dengan sekumpulan remaja yang harus saling membunuh sesama sendiri untuk bertahan hidup dalam permainan yang menentukan pemain hidup atau mati. Selain itu, Danganronpa juga pernah ditayangkan di Animax Malaysia.
@gamersantaimy
Discussion about this post