Sekuel kepada game survival The Forest yang dinantikan ramai gamer telah dilancarkan pada 24 Februari 2023 Steam. Dan dalam masa 24 jam, Sons of The Forest telah terjual lebih daripada 2 juta unit walaupun masih dalam fasa akses awal.
Terima kasih kepada mereka yang telah menyertai kami dalam perjalanan Akses Awal kami ke ‘Sons Of The Forest’ Kami telah menjual lebih 2 juta salinan dalam 24 jam pertama, dan sangat teruja dengan apa yang kami sediakan untuk pemain pada minggu-minggu akan datang.
Menurut Endnight Games.

Walaupun masih dalam fasa akses awal, anda sudah boleh bermain game ini dengan lebih mendalam kerana jalan ceritanya telah sempurna cuma hanya tinggal beberapa perlawanan bos sahaja yang tinggal. Seperti gamenya yang pertama, Sons of The Forest menampilkan dua pengakhiran cerita iaitu baik dan buruk. Nak tahu sama ada pengakhiran itu baik atau buruk? Anda perlu bermain game ini sendiri.
Jika nak dibandingkan dengan gamenya yang pertama, sudah pasti Sons of The Forest kelihatan jauh lebih hebat. Tidak kira dari segi grafik, binaan, pengurusan dan lain-lain lagi.

Walaupun ianya adalah sekuel kepada The Forest, anda boleh sahaja terus bermain game ini tanpa bermain gamenya yang pertama. Hal ini kerana, mereka telah memperkenalkan watak baharu, plot dan jalan cerita yang langsung tidak mempunyai kesinambungan kepada The Forest.
Kini, Sons of The Forest telah menerima pelbagai review yang positif di Steam dan ramai pemain yang mengatakan bahawa mereka betul-betul menikmati game ini semasa bermain. Saya ingin mengingatkan anda bahawa Sons of The Forest baru sahaja dilancarkan pada 24 Februari 2023 dalam akses awal di Steam. Anda mungkin akan menjumpai pelbagai “bug” dan masalah yang perlu dihadapi semasa bermain game ini.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post