Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Daftar di laman web PSVR 2 untuk menerima info terkini tentang pre-order

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 7, 2022
in Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Daftar di laman web PSVR 2 untuk menerima info terkini tentang pre-order
Share on FacebookShare on Twitter

Sony mengumumkan headset baru bernama PSVR 2, khas untuk PS5 pada awal bulan Januari 2022. Sebulan kemudian, sebuah laman web baru telah disediakan oleh PlayStation yang membenarkan pengguna PSN mendaftar supaya dapat dimaklumkan “bila mereka boleh mula pre-order PSVR 2 secara rasmi.”

Sesiapa yang mendaftar melalui halaman PSVR 2 akan dikemas kini dengan berita terkini termasuk “pengumuman tentang game, tarikh keluaran bagi game tersebut dan bila korang boleh pre-order set headset ini”. Ini berita yang agak penting, kerana nak mendapatkan PSVR 2 mungkin bukan tugas yang mudah selepas melihat populariti PS5. Jadi, lebih baik kita mendaftar sekarang.

Bagi mereka yang kurang tahu, PSVR 2 digelar sebagai “next generation of virtual reality gaming” oleh PlayStation. Dengan paparan HDR 4K dan hingga 120fps, produk baharu ini menawarkan resolusi empat kali ganda berbanding pendahulunya. Fitur mata “built-in eye-tracking” pula membolehkan kita berinteraksi dalam cara baru dan menawarkan respons emosi yang lebih tinggi serta ekspresi yang lebih mengasyikkan. Selain itu, peranti baru ini akan dilengkapi dengan ciri “haptic feedback” sama seperti PS5 di mana kita akan merasai getaran halus dan responsif dalam headset.

Bakal dilancarkan bersama PSVR2 ialah controller VR2 Sense yang mempunyai analog stick, butang dan sistem pengesanan sentuhan jari yang meniru gerakan dan gerak isyarat semula jadi. Bersama “haptic feedback and adaptive trigger”, ia akan membawah pengalaman yang lebih intim ke dalam dunia maya.

Buat masa ini, satu-satunya game yang saya tahu sedang dibikin untuk PSVR 2 ialah Horizon Call of the Mountain oleh Guerilla dan Firesprite. Walaupun banyak yang diketahui, treler pengumuman menunjukkan kita boleh mengembara dalam dunia Aloy secara realiti maya. Sehingga lebih banyak maklumat didedahkan, korang boleh mendaftar di halaman rasmi PSVR 2 untuk berita terkini.

DAFTAR DI SINI

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Pre-OrderPSVR 2
Previous Post

Pembangun GTA 6 kata game baru ini “spesial” dan aktif dibangunkan!

Next Post

Pembunuhan ahli keluarga menyebabkan polis Pakistan meminta PUBG diharamkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pembunuhan ahli keluarga menyebabkan polis Pakistan meminta PUBG diharamkan!

Pembunuhan ahli keluarga menyebabkan polis Pakistan meminta PUBG diharamkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd