Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cyberpunk 2077 kembali popular selepas keluaran anime Edgerunners, kini Top Seller di Steam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 21, 2022 - Updated on September 23, 2022
in Anime, ARPG, Artikel, Berita, Epic Store, Open World, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Cyberpunk 2077 kembali popular selepas keluaran anime Edgerunners, kini Top Seller di Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Cyberpunk 2077 nampaknya telah kembali popular selepas jumlah pemain yang ramai didapati bermain game tersebut pada hujung minggu lepas di platform PC Steam. Hanya ada satu sebab mengapa Cyberpunk 2077 tiba-tiba popular; iaitu kerana tayangan siri anime Cyberpunk: Edgerunners di Netflix!

Menurut Steam Charts (laman web yang menjejaki aktiviti pemain pada platform Steam), jumlah pemain di Cyberpunk 2077 telah meningkat secara drastik sejak beberapa hari lalu. Pada 1 September, Cyberpunk 2077 mempunyai jumlah pemain serentak sebanyak 10,024 secara keseluruhan.

Berikutan pelancaran Cyberpunk: Edgerunners di Netflix, jumlah itu telah melonjak naik. Pada hujung minggu lepas (tepatnya hari Ahad, 19 September), Cyberpunk 2077 mempunyai lebih daripada 85,000 pemain di Steam. Andai kata perkara yang sama juga sedang berlaku di platform PlayStation dan Xbox, nampaknya Cyberpunk 2077 sedang hangat membuat “comeback”!

Bagi mereka yang tidak tahu, jumlah pemain serentak pada hujung minggu lepas merupakan jumlah tertinggi yang pernah dilihat oleh Cyberpunk 2077. Buat masa ini, Cyberpunk 2077 berada di kedudukan nombor 2 dalam senarai Steam Top Sellers, di bawah Call of Duty: Modern Warfare 2.

Seperti saya kata tadi, sebab terbesar mengapa Cyberpunk 2077 tiba-tiba menemui kejayaan semula adalah berkat Cyberpunk: Edgerunners, siri anime baharu yang mula muncul di Netflix pada minggu lepas.

Walaupun Cyberpunk merupakan IP yang cukup terkenal sebelum keluaran Edgerunners, anime baharu ini membawa perspektif yang lebih unik dan menarik berbanding permainan video kerana penglibatan Studio Trigger, yang terkenal kerana menghasilkan Kill la Kill, SSS. Gridman, Darling in the Franxx, dan anime hebat lain.

Bukan itu sahaja, Edgerunners juga diakui sebagai salah satu anime edaran Netflix paling hebat buat masa ini — jadi saya faham mengapa ramai taksub dengan Cyberpunk buat masa sekarang.

Berikut adalah sinopsis tentang anime:

“Anime Cyberpunk: Edgerunners mengisahkan cerita 10 episod tentang seorang budak jalanan yang cuba bertahan hidup di bandar futuristik yang obses dengan teknologi dan pengubahsuaian badan. Setelah kehilangan segala-galanya, dia memilih untuk teruskan hidup dengan menjadi seorang “edgerunner” – tentera upahan juga dikenali sebagai cyberpunk.”

Satu lagi sebab mengapa Cyberpunk 2077 sedang popular di Steam adalah kerana game itu sedang dijual pada harga diskaun. Asalnya bernilai RM219.00, game itu telah didiskaun sebanyak 50% dan kini boleh dibeli pada harga RM109.50 buat masa terhad.

Jadi apa pendapat anda? Adakah korang pun main Cyberpunk 2077 selepas menonton Edgerunners? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeCyberpunk 2077CYBERPUNK: EDGERUNNERSPCsteam
Previous Post

Free Fire x Justin Bieber lancarkan muzik video “Beautiful Love (Free Fire)”

Next Post

Cyberpunk: Edgerunners Review — Kembali ke Night City Untuk Sebuah Penceritaan Baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Cyberpunk: Edgerunners Review — Kembali ke Night City Untuk Sebuah Penceritaan Baru!

Cyberpunk: Edgerunners Review -- Kembali ke Night City Untuk Sebuah Penceritaan Baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd