CD Projekt Red ingin memulakan rancangan mereka untuk memperkenalkan fungsi multiplayer untuk kedua-dua francais Cyberpunk 2077 dan Witcher. Pada awal tahun ini, syarikat itu memberi tumpuan untuk membawa fungsi dalam talian ke dalam semua francaisnya suatu hari nanti. Perkara ini telah didedahkan oleh presiden CD Projekt, Adam Kiciński semasa sesi soal jawab.

“Kami merancang untuk menambah fungsi multiplayer pada masa depan kepada kedua-dua francais termasuk Cyberpunk 2077 secara beransur-ansur,” katanya.
“Kami tidak mendedahkan francais mana yang akan mendapat fungsi multiplayer dulu tetapi percubaan pertama akan menjadi sesutatu yagng boleh kami pelajari dan kemudian menambah lebih banyak lagi, jadi langkah demi langkah kami mahu membuka pintu pada multiplayer tetapi menambah beberapa aktiviti multiplayer secara beransur-ansur.”

CD Projekt Red rancang untuk membuat permainan AAA kendiri untuk multiplayer Cyberpunk 2077 tetapi Kiciński berkata pada Mac yang lalu bahawa ianya tidak akan berlaku. Dalam video kemas kini strategi yang dikeluarkan pada masa itu, beliau berkata CD Projekt Red sedang membina rangka kerja teknologi yang membolehkannya memperkenalkan elemen dalam talian pada permainan tetapi ia akan kekal fokus pada pengalaman single-player.

“Saya ingin tegaskan di sini, CD Projekt Red membuat RPG AAA didorong oleh cerita – itu sesuatu yang tidak berubah. Apa yang berubah ialah pendekatan jangka panjang kami dalam talian,” jelas Kiciński.
“Dan dengan ini, kami ingin memastikan kami bersedia dengan betul untuk melaksanakan elemen dalam talian dalam permainan kami di mana ia masuk akal. Kami tidak mahu melampaui batas atau hilang DNA single-player kami.”
“Kami mahu mengambil langkah yang bijak untuk membina keupayaan dalam talian yang mantap.”

Dia menambah: “Kami sedang membina teknologi dalam talian yang boleh disepadukan dengan lancar ke dalam pembangunan permainan masa depan kami. Teknologi ini akan menggerakkan komponen dalam talian yang kami pilih untuk diperkenalkan dalam permainan kami”.
CD Projekt juga berkata bahawa versi gen baru Cyberpunk 2077 dan The Witcher 3 berada di landasan yang betul untuk tarikh pelancarannya nanti. Untuk mandapatkan liputan lain mengenai Cyberpunk 2077, sila klik pautan ini.
Sumber: vgc
@gamersantaimy
Discussion about this post