Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cuba Hearthstone Mercenaries sekarang, cara baru untuk menikmati game kad digital popular Blizzard!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 13, 2021
in Artikel, Berita, Game Baru, Kad Strategi, Mobile, PC
0 0
0
Cuba Hearthstone Mercenaries sekarang, cara baru untuk menikmati game kad digital popular Blizzard!
Share on FacebookShare on Twitter

Hearthstone Mercenaries, mod baru percuma untuk permainan kad digital Hearthstone, sudah dilancarkan hari ini dan menawarkan cara baru untuk kita bermain di dunia Blizzard yang luas. Dengan menggabungkan pertempuran gaya RPG taktikal dengan sistem kemajuan jangka panjang yang menarik, Mercenaries memberi tumpuan kepada watak ikonik Hearthstone dan mendorong pemain untuk mengumpulkan, meningkatkan, dan menggunakan wira serta penjahat kegemaran dalam pertempuran epik.

Dalam Mercenaries, pemain akan mengumpulkan enam pahlawan untuk dimasukkan ke dalam parti demi menyertai misi single-player “Bounties” – serangkaian pertarungan rawak yang berakhir dengan pertarungan bos yang kuat. Setiap pahlawan dalam pasukan akan memperoleh EXP selepas memenangi setiap pertempuran, lantas meningkatkan kekuatan dan mendapatkan akses kepada abiliti baru apabila naik level. Setelah menyelesaikan misi Bounty, pemain akan memperoleh sejumlah harta termasuk “Mercenary Coin”, yang boleh kita gunakan untuk mencipta pahlawan tambahan, atau meningkatkan yang sedia ada.

Senarai pahlawan Mercenary – yang merangkumi lebih dari 50 pada pelancaran – direka untuk mendorong kreativiti pemain ketika membina pasukan, dengan banyak sinergi hebat. Pemain juga dapat membawa parti yang paling hebat ke Fighting Pit, di mana mereka dapat bersaing dengan pemain lain dan memperoleh EXP, dan ganjaran-ganjaran lain.

Pemain yang memulakan perjalanan akan memperoleh lapan watak Mercenary hanya dengan menyelesaikan misi prolog. Semua Mercenary lain boleh didapati dengan bermain kempen atau melalui ganjaran. Mulai hari ini, pemain juga boleh membeli pek Mercenaries pada harga 100 Gold (mata wang dalam permainan), atau membeli pek bundle dari Blizzard Shop. Pek Mercenaries mengandungi lima item Mercenaries, yang merangkumi Mercenary Card, Mercenary Portrait, atau Mercenary Coin, yang boleh digunakan untuk membuat atau menaik taraf watak. Setiap pek Mercenaries mengandungi sekurang-kurangnya satu kad Rare Mercenary atau lebih baik.

Hearthstone Mercenaries rasmi dilancarkan di PC dan peranti mobile bermula hari ini. Jika anda berminat, jangan lupa untuk membaca ulasan saya atau temu ramah kami bersama Blizzard tentang update ini.

Muat turun Disini!!!
Hearthstone
Developer: Blizzard Entertainment
Release Date: 2013-03-11
Microsoft Windows
Hearthstone adalah permainan kad koleksi digital secara percuma dikembangkan dan diterbitkan oleh Blizzard Entertainment. Pada asalnya subjudul Heroes of Warcraft, Hearthstone membina siri Warcraft yang sedia ada dengan menggunakan unsur-unsur, watak-watak dan peninggalan yang sama.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BlizzardhearthstoneHearthstone Mercenaries
Previous Post

JRPG MONARK sah mendapatkan pelepasan Global, akan tiba 22 Feb 2022!

Next Post

MiHoYo membuka permohonan Genshin Impact Partner Program untuk streamer Twitch!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
MiHoYo membuka permohonan Genshin Impact Partner Program untuk streamer Twitch!

MiHoYo membuka permohonan Genshin Impact Partner Program untuk streamer Twitch!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd