Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Crunchyroll Ingin Majukan Servis Untuk Peminat Anime Asia Tenggara Termasuk Malaysia, Interview Khas! [AFA 2023]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 24, 2023 - Updated on November 27, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Industri, Manga, Temuramah
0 0
0
Crunchyroll Ingin Majukan Servis Untuk Peminat Anime Asia Tenggara Termasuk Malaysia, Interview Khas! [AFA 2023]
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai salah satu perkhidmatan anime terbesar di dunia, baru-baru ini Crunchyroll cuba meningkatkan kehadirannya di pasaran Asia Tenggara. Antara usaha mereka termasuk memperkenalkan harga langganan yang lebih berpatutan pada platform, menambah lebih banyak jenis anime termasuk siri-siri terkini, menambah perkhidmatan game, dan banyak lagi.

Di Anime Festival Asia 2023 yang sedang berlangsung di Singapura, kami berpeluang untuk menemu ramah Akshat Sahu selaku Pengarah Pemasaran Crunchyroll untuk APAC dan India. Tanpa melengahkan masa, berikut adalah isi kandungan temu ramah:

Kredit: Gamer Santai

Rancangan Untuk Menarik Penonton

Crunchyroll menawarkan katalog anime yang berbeza bergantung pada rantau, tetapi luahan hati komuniti adalah bahawa Crunchyroll Premium tidak adil sedangkan negara lain memiliki katalog yang sangat sedikit tetapi membayar jumlah yang sama tinggi seperti negara lain. Sebagai contoh, Amerika Syarikat dan Kanada mempunyai hampir 2,000 anime, India mempunyai 600 anime manakala Singapura, Malaysia, Indonesia dan Thailand mempunyai jumlah yang lebih sedikit seperti 100+.

Akshat Sahu menjawab Crunchyroll kini fokus pada mengembangkan jenama dan perkhidmatan di rantau ini dan semasa berbuat demikian, katalog mereka akan terus berkembang.

Kredit: Crunchyroll

“Kami ada One Piece, yang baru-baru ini dilancarkan di rantau ini, kami ada Attack on Titan Finale. Malah, musim luruh ini kami mempunyai hampir 39 anime simulcast yang menjadi tawaran terbesar di rantau ini, dan hampir 10 rancangan eksklusif di Crunchyroll, yang tidak ada pada mana-mana perkhidmatan lain.”

Crunchyroll juga menawarkan percubaan percuma selama 14 hari sebelum pengguna perlu membayar atau membuat keputusan untuk melanggan. Jadi ada banyak fleksibiliti untuk penonton. Bak katanya, Crunchyroll lebih seperti gaya hidup, dan bukan sahaja menggembirakan peminat melalui penstriman, tetapi juga melalui barangan, gaming, dan banyak lagi.

Oleh itu, kami tertanya, adakah Crunchyroll di Asia Tenggara akan mencapai jumlah katalog yang sama atau serupa dengan rantau lain, terutamanya Amerika Syarikat dan Kanada?

Kredit: MAPPA

Akshat Sahu menjawab Crunchyroll akan sampai ke jumlah itu lambat laun, dan itulah matlamatnya. Jelas sekali, terdapat proses rumit seperti mendapatkan hak dengan pemberi lesen, hak legasi yang perlu diluluskan, tetapi mereka tidak ingin berputus asa. Ini bukan sahaja matlamat di Asia Tenggara tetapi matlamat di peringkat global untuk mempunyai jumlah katalog serupa di seluruh dunia di semua negara.

Secara beransur-ansur, mereka juga ingin melancarkan kandungan dalam bahasa tempatan. Contohnya adalah seperti negara kita, Malaysia, Thailand, dan Indonesia – semua ini adalah pasaran yang sangat mementingkan bahasa, dan Crunchyroll mahu menambah baik tawaran kami dengan lakonan suara anime dan menyediakan sari kata pada masa hadapan. Suatu hari, Crunchyroll akan sampai ke tahap itu, Sahu berkata, tetapi ia akan menjadi satu proses yang panjang.

Kredit: MAPPA

Baru-baru, Crunchyroll mengumumkan bahawa mereka akan menambah katalog game mobile pada servisnya. Kami tanya apakah sebab yang menyebabkan keputusan ini di mana Akshat Sahu balas: jika melihat anime dan gaming, ia sangat simbiotik dalam erti kata itu.

Mereka ingin memastikan Crunchyroll menjadi destinasi untuk peminat melakukan pelbagai perkara. Ia sudah mempunyai manga digital, ia sudah mempunyai kedai untuk membeli barangan global, jadi gaming adalah tambahan yang jelas kepada perkara yang ingin mereka lakukan. Terutamanya sekarang, mobile gaming sangat popular di selulruh dunia, dan ini adalah percubaan mereka untuk menggembirakan peminat.

Kredit: Crunchyroll

Berkenaan jenis game, Sahu kata katalognya agak seimbang. Terdapat game tertentu yang lebih kepada konsol dan sebaliknya. Sudah tentu, beberapa game anime pun ditambah tetapi ia bergantung jika mereka dapat memperoleh lesen atau tidak.

Meningkatkan Kesedaran & Memerangi Ancaman Cetak Rompak

Kredit: Crunchyroll

Buat masa ini, langganan paling murah adalah RM11.00 tetapi Crunchyroll tidak ingin menurunkan harga, kerana percaya bahawa untuk memberi perkhidmatan dan pengalaman dari segi kualiti seperti visual HD tanpa lag, sari kata yang tepat dan sebagainya, nilai harga itu amat bersesuaian. Crunchyroll percaya peminat menghargai usaha itu dan sanggup membayar untuk kualiti.

Untuk menunjukkan lagi usaha, mereka menyertai konvensyen Anime Festival Asia dan membuka booth, untuk meningkatkan kesedaran dan interaksi dengan peminat anime di rantau ini.

“Saya rasa salah satu matlamat kami adalah untuk memacu kesedaran tentang Crunchyroll sebagai tuan rumah untuk anime di rantau ini, dan itu adalah salah satu cabaran terbesar kami. Kami percaya bahawa jika kami menyedarkan lebih ramai orang tentang perkhidmatan ini, mereka akan datang ke Crunchyroll.”

Kredit: Gamer Santai

Satu lagi isu adalah anime cetak rompak. Seperti yang korang semua tahu, anime cetak rompak sudah lama wujud sejak awal 2000-an, dan kini memasuki 2023, ia masih adalah masalah besar dalam industri. Khususnya untuk kawasan Asia Tenggara, negara-negara di rantau ini tidak mempunyai akses yang besar kepada anime berbanding dengan negara barat.

Akshat Sahu jawab; Cetak rompak juga menunjukkan potensi untuk mereka benar-benar berkhidmat kepada peminat yang sebenarnya berusaha keras untuk memperoleh kandungan secara haram. Akhirnya, mereka akan sedar cetak rompak bukanlah pengalaman terbaik dari segi kualiti kandungan seperti animasi, sari kata, dan sebagainya.

Kredit: Crunchyroll

Dengan mempamerkan pengalaman yang lebih baik dan mudah, peminat akan menukar pilihan. Di penghujung hari, harga langganan Crunchyroll tidak terlalu tinggi, bak kata Sahu. Jika servis ini boleh menjimatkan masa anda, di mana anda tidak perlu pergi ke pelbagai laman web untuk mencari anime kegemaran sedangkan kualitinya pun tidak pasti bagus atau tidak, Sahu anggap usaha Crunchyroll untuk memberi bantuan seperti ini amat berharga.

“Cetak rompak ada. Ia wujud. Ia sebahagian daripada ekosistem kita. Kami hanya akan mencuba dan memastikan bahawa tawaran kami cukup menarik untuk mereka bertukar kepada kami.”

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Crunchyrollinterview
ShareTweetSend
Previous Post

Nanami Jujutsu Kaisen Tak Sempat Sampai Kuantan, Peminat Malaysia Beri Memorial

Next Post

Snek Kegemaran, Pengalaman di Singapura — Sorotan Panel Pentas Bersama Iori Moe [AFA 2023]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Snek Kegemaran, Pengalaman di Singapura — Sorotan Panel Pentas Bersama Iori Moe [AFA 2023]

Snek Kegemaran, Pengalaman di Singapura -- Sorotan Panel Pentas Bersama Iori Moe [AFA 2023]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd