Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Crossover Identity V x Anime xxxHOLiC Bermula Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 23, 2023
in Android, Anime, Artikel, Asymmetrical, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Crossover Identity V x Anime xxxHOLiC Bermula Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Mengembara melalui masa dan ruang parallel dan dengar bisikan roh, kerana crossover besar antara Identity V, game seram survival asymmetrical 1v4 oleh NetEase Games, dan anime xxxHOLiC bermula sekarang hingga 14 Disember.

Kredit: NetEase Games

Peristiwa pelik telah berlaku di Oletus Manor dan dilaporkan di kedai Miss Yûko. Bersama Kimihiro Watanuki, anda akan menyiasat peristiwa aneh yang berlaku di rumah agam itu dan mendedahkan kebenaran tersembunyi. Sertai event harian, lengkapkan log-in dan habiskan perlawanan harian untuk mendapatkan ganjaran berbeza seperti aksesori crossover – Water, crossover portrait frame – Mokona Modoki, crossover portrait – Kimihiro Watanuki, crossover graffiti – Mokona Modoki dan crossover essence, dll.

Kredit: NetEase Games

Selain daripada apa yang saya sebutkan tadi, crossover Identity V x anime xxxHOLiC akan menyediakan pelbagai jenis kosmetik lain seperti: Geisha S costume – Yûko Ichihara, Seer A costume – Kimihiro Watanuki, “Little Girl” A costume – Kohane Tsuyuri dan Mercenary A costume – Shizuka Dômeki. Berikut adakah rumusan pendek tentang mereka:

Yûko Ichihara

角色展示图红蝶-英
Kredit: NetEase Games

Yûko Ichihara memiliki kebolehan yang luar biasa, dan bukan sahaja boleh meramalkan masa depan, malah juga memikat hati dengan kata-kata falsafahnya. Menguruskan kedai mistik yang memberikan hajat dengan kos, dia menyelesaikan banyak kejadian misteri untuk pelanggannya. Namun, sebagai Geisha yang memakai in S costume – Yûko Ichihara, bolehkah seseorang memenuhi impiannya sendiri?

Kimihiro Watanuki

Kredit: NetEase Games

Kimihiro Watanuki, seorang pelajar sekolah menengah dengan bakat luar biasa, mendapati dirinya bekerja di kedai Yûko Ichihara. Digerakkan oleh takdir, dia memulakan perjalanan melalui fenomena psikik. Walaupun gemar membebel, dia seorang yang baik, mesra dan bersemangat. Di rumah agam, Seer memiliki bakat untuk berkomunikasi dengan roh. Apabila dia memakai A costume – Kimihiro Watanuki, perspektifnya akan lebih luas apabila berkomunikasi dengan dunia.

Kohane Tsuyuri

Kredit: NetEase Games

Kohane Tsuyuri, seorang gadis murni dan menawan dengan keupayaan untuk memahami roh, dan menanggung beban mereka pada masa lalu. Apabila Little Girl memakai A costume – Kohane Tsuyuri, bolehkah keberanian dan belas kasihannya mengatasi musuh yang menggerunkan?

Shizuka Dômeki

Kredit: NetEase Games

Shizuka Dômeki amat mahir dalam mengusir dan menghalau iblis/roh jahat. Walaupun nampak sombong, dia mempunyai kebijaksanaan yang tinggi dan sentiasa bersedia untuk melindungi Kimihiro Watanuki. Apabila Mercenary berpakaian dalam A costume – Shizuka Dômeki , adakah dia mempamerkan kehebatan fizikalnya sebagai sekutu yang boleh dipercayai di medan perang?

“xxxHolic” ialah siri manga Jepun yang ditulis dan dilukiskan oleh CLAMP. Cerita ini berkisar tentang Kimihiro Watanuki, seorang pelajar sekolah menengah yang boleh melihat roh, bertemu dengan Yûko Ichihara, seorang ahli sihir yang memiliki kedai beri hajat yang boleh membuat setiap keinginan menjadi kenyataan. Sebagai pertukaran untuk membuang abiliti untuk melihat roh, Watanuki diupah oleh Yûko. Ketika Watanuki mengharungi kehidupan kerjanya, beberapa peristiwa pelik berlaku di sekelilingnya.

Baca segala liputan kami tentang Identity V di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Identity VxxxHOLiC
ShareTweetSend
Previous Post

Pembangunan Prince of Persia: Sands of Time Remake Masih Maju dengan Baik!

Next Post

Siri Tokusatsu Popular Malaysia Tapi Bukan Ultraman, Kamen Rider & Power Rangers!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Siri Tokusatsu Popular Malaysia Tapi Bukan Ultraman, Kamen Rider & Power Rangers!

Siri Tokusatsu Popular Malaysia Tapi Bukan Ultraman, Kamen Rider & Power Rangers!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd