PUBG Mobile tidak asing dengan crossover event dan paling mengejutkan, permainan mudah alih akan menjadi hos kepada League of Legends. Lebih khusus lagi, siri animasi Arcane di Netflix yang berdasarkan Riot Games universe, akan datang ke PUBG Mobile tidak lama lagi. Acara menarik ini akan mula dilancarkan pada 16 November menurut Riot Games dan Tencent Games.

Butiran yang lebih mendalam mengenai apa sebenarnya yang akan ditambahkan pada PUBG Mobile masih belum diberikan, tetapi berdasarkan yang kita lihat mengenai Arcane setakat ini, kita boleh meramal skin senjata, watak, item dan lokasi suasana yang berkonsepkan LoL mungkin dipersembahkan untuk bahagian crossover kali ini.
Video di atas menunjukkan Jinx dan Vi dari League of Legends yang ditunjukkan dalam trailer untuk PUBG Mobile. Memandangkan kedua-dua telah ditampilkan setakat ini sebagai protagonis utama untuk Arcane, ia dilihat merupakan pertaruhan yang agak selamat untuk membayangkan bahawa mereka akan menjadi sekurang-kurangnya dua daripada watak yang akan ditambahkan ke PUBG Mobile. Berdasarkan dari video di atas, kedua-duanya mempunyai senjata unik mereka sendiri termasuk pelancar roket dan penumbuk berkuasa tinggi dan saya berharap senjata ini akan dimasukkan dalam crossover ini.
Crossover PUBG Mobile ini hanyalah salah satu daripada beberapa acara lebih kecil yang Riot sedang lakukan sekitar pelepasan Arcane di Netflix. LoL sendiri akan mendapat beberapa skin baharu yang diilhamkan oleh penampilan watak dalam rancangan itu. Riot juga telah bekerjasama dengan Twitch untuk membolehkan episod pertama disiarkan bersama di platform ini. Arcane dijadualkan di Netflix pada 6 November setara dengan pengumuman crossover PUBG Mobile dan League of Legends pada 3 November.
@gamersantaimy
Discussion about this post