Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Criterion & Codemasters bekerjasama untuk membikin Need for Speed terbaru

safwan by safwan
May 13, 2022
in Artikel, Berita, PS5, Sukan/lumba, Xbox Series X|S
0 0
0
Criterion & Codemasters bekerjasama untuk membikin Need for Speed terbaru
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Codemasters mengumumkan bahawa pasukan Cheshire akan menyertai Criterion untuk mengusahakan francais Need for Speed melalui akaun rasmi Twitternya. Dengan pengumuman rasmi yang dibuat oleh Codemasters, kita boleh lihat yang siri Need for Speed baharu sedang dalam pembikinan tetapi tarikh bagi pengeluaran masih belum diumumkan.

We can confirm Criterion Games and the development team at Codemasters Cheshire are officially coming together to create the future of @NeedforSpeed, forming one Criterion studio with two location hubs. [1/3]— Codemasters (@Codemasters) May 12, 2022

Kami boleh mengesahkan bahawa Criterion Games dan pasukan pembangun di Codemasters Cheshire secara rasmi berkumpul untuk mencipta masa depan Need for Speed, membentuk satu studio Criterion dengan dua hab lokasi

Persepaduan ini membina perkongsian rapat yang telah dibangunkan oleh kedua-dua studio sejak beberapa bulan lalu.

Berkongsi nilai bersama dan budaya yang serupa, kami amat percaya penyatuan kepakaran merentas kedua-dua pasukan akan membantu kami menyampaikan pengalaman perlumbaan terbaik yang kami mampu untuk pemain.

Menurut akaun Twitter rasmi Codemasters

Kepada yang tidak tahu, Codemasters Cheshire adalah pasukan yang bertanggungjawab dalam membangunkan Dirt 5. Ia adalah game racing yang dikeluarkan untuk PC, PlayStation 4, PlayStation 5 dan Xbox One Xbox Series X|S pada 2020. Dirt 5 merupakan game terakhir yang dikeluarkan oleh Codemasters sebagai syarikat bebas sebelum ia diperoleh oleh Electronic Arts pada 2021.

Pada awalnya, mereka ingin mengeluarkan game terbaru bagi francais Need for Speed pada tahun 2021 tetapi ditangguhkan kepada 2022 selepas Criterion Games diminta untuk memastikan Battlefield 2042 dikeluarkan pada tahun itu. Syarikat ini telah mengambil alih pembangunan Need for Speed daripada Ghost Games selepas studio itu dibubarkan berikutan kegagalan yang berlaku pada Need for Speed: Heat.

Criterion Games sebelum ini mengusahakan siri Need for Speed untuk Hot Pursuit pada 2010 dan Most Wanted pada 2012, dengan memberikan bantuan dalam membangunkan Need for Speed: Rivals pada 2013.

Selain itu, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa siri Need for Speed baharu akan dikeluarkan untuk konsol next-gen sahaja pada hujung tahun ini. Jadi nantikan sahaja pengumuman yang akan dilakukan oleh EA atau Criterion Games.

Apa pendapat korang tentang Codemasters Cheshire menyertai Criterion Games untuk mengusahakan entri baharu Need for Speed? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang Need for Speed, sila klik pautan ini.

Sumber: Twitter Codemasters

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Codemasters CheshireCriterion GamesNeed for Speed
Previous Post

Zenless Zone Zero dedahkan trailer baru, kini mencari peserta Beta Test!

Next Post

Netflix Resident Evil versi live action dedahkan teaser pertama, aksi awal sampai habis

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Netflix Resident Evil versi live action dedahkan teaser pertama, aksi awal sampai habis

Netflix Resident Evil versi live action dedahkan teaser pertama, aksi awal sampai habis

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd