Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Crime Boss: Rockay City Sudah Tersedia di Epic Games Store! Diskaun Juga Ada!

Maira by Maira
March 29, 2023
in Artikel, Berita, Epic Store, Game, PC, Shooter
0 0
0
Crime Boss: Rockay City Sudah Tersedia di Epic Games Store! Diskaun Juga Ada!
Share on FacebookShare on Twitter

Penerbit 505 Games dan INGAME STUDIOS telah melancarkan Crime Boss: Rockay City, sebuah game shooter yang diilhamkan daripada filem jenayah 90 an. Game ini juga dibintangi pelakon Hollywood terkenal seperti Michael Madsen, Chuck Norris, Danny Trejo, Kim Basinger, Danny Glover, Michael Rooker, Damion Poiter dan Vanilla Ice.

Crime Boss: Rockay City membawa kita melihat Travis Baker menentang segala rintangan untuk menjadi raja dunia penjenayah.

Bantu Baker dalam misinya untuk menjadi penjenayah hebat di Rockay City sambil mengelak daripada ditangkap oleh Sheriff Norris. Setiap playthrough akan berbeza dan tidak akan sama dengan yang lalu. Rockay City sentiasa berkembang, begitu juga cabaran yang perlu dihadapi Baker bersama pasukannya.

Jalankan setiap misi secara tersembunyi atau bertembakan untuk menyelesaikan objektif dan mengambil alih kejiranan Rockay satu per satu, atau bina pasukan melalui pelbagai mode multiplayer di mana pertaruhannya adalah tinggi tetapi ganjarannya lumayan.

“Pelancaran Crime Boss adalah hasil kerja keras selama bertahun-tahun oleh studio baharu yang sangat berdedikasi dan berbakat dalam bentuk INGAME STUDIOS,” kata Neil Ralley, Presiden 505 Games. “Ketika kami melancarkan game live service ini untuk 505 Games, hari ini menandakan permulaan cerita Crime Boss: Rockay City, dan kami tidak sabar untuk terus membina dunia Crime Boss dan semua potensi yang ditawarkannya kepada pemain.”

“Rasanya seronok akhirnya mendedahkan game kami kepada dunia”, kata Jarek Kolář, Pengarah Pembangunan di INGAME Studios, “Rockay City telah menjadi keseronokan yang paling hebat untuk dihidupkan, dan kami telah menyediakan begitu banyak misi, watak dan benda 90-an, kami berharap orang ramai akan berseronok memainkannya seperti kami membinanya. Dan ini baru permulaan!”

Crime Boss: Rockay City sudah tersedia sekarang melalui Epic Games Store berharga RM 79.89 dengan diskaun pelancaran sebanyak 15% sehingga 4 April 2023. Untuk pelepasan versi konsol, maklumat lanjut akan dikongsi pada masa akan datang. Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk ikuti kemas kini lanjut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 505 GamesCrime Boss: Rockay CityINGAME STUDIOS
Previous Post

Diablo Immortal – Kemas kini “Age of Falling Towers” kini tersedia bermula 29 Mac!

Next Post

[Review] MSI Cyborg 15 – Laptop gaming cukup lengkap pada harga yang berpatutan

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[Review] MSI Cyborg 15 – Laptop gaming cukup lengkap pada harga yang berpatutan

[Review] MSI Cyborg 15 - Laptop gaming cukup lengkap pada harga yang berpatutan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd