Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Crayon Shin-chan akan mendapat game eksklusif Nintendo Switch di Jepun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 18, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
Crayon Shin-chan akan mendapat game eksklusif Nintendo Switch di Jepun!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam Nintendo Direct versi Jepun hari ini, penerbit Neos Corporation dan pemaju Millennium Kitchen telah mendedahkan game Crayon Shin-chan baru untuk Nintendo Switch. Secara rasmi ia berjudul Crayon Shin-chan: Ora to Hakase no Natsu Yasumi – Owaranai Nanokakan no Tabi, atau terjemahannya dalam bahasa Inggeris: “Me and the Professor’s Summer Holiday – The Endless Seven-Day Trip.” Game ini dijangka akan keluar pada musim panas 2021 di Jepun.

Pemain akan mengawal Shin-chan, protagonis siri yang juga dikenali sebagai Shinnosuke Nohara. Keluarga Nohara akan menghabiskan percutian musim panas mereka di Kyushu selama tujuh hari di mana Shin-chan akan dapat melakukan pelbagai aktiviti seperti menangkap ikan, menangkap serangga, dan berinteraksi dengan orang tempatan — termasuk kanak-kanak yang kelihatan serupa dengan rakan sekolah Shin-chan. Sepanjang percutian ini, Shin-chan akan mencatat segala aktiviti yang dia buat dalam buku harian untuk memperingati tentang setiap peristiwa yang berlaku.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, game Crayon Shin-chan sebenarnya tidak pernah diterjemahkan secara rasmi sehingga hari, dan oleh kerana game ini pun hanya ditunjukkan semasa Nintendo Direct versi Jepun, saya pun tidak tahu jika ia akan dikeluarkan untuk pasaran global satu hari nanti. Anda yang boleh tonton trailer dan rakaman gameplay selama lapan minit di bawah:

Crayon Shin-chan: Ora to Hakase no Natsu Yasumi – Owaranai Nanokakan no Tabi akan dilancarkan untuk Nintendo Switch di Jepun pada musim panas 2021. Untuk segala liputan kami tentang Nintendo Switch, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Crayon Shin-chanJepunNintendo directnintendo switch
Previous Post

Game ‘fan-made’ Dragon Ball: Demon Breaker akan mengubah formula pertempuran Super Saiyan!

Next Post

Pra-pesanan untuk batch ke-3 PlayStation 5 akan dibuka bermula 19 Feb 2021!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pra-pesanan untuk batch ke-3 PlayStation 5 akan dibuka bermula 19 Feb 2021!

Pra-pesanan untuk batch ke-3 PlayStation 5 akan dibuka bermula 19 Feb 2021!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd