Activision bersama Toys for Bob mengumumkan yang game 4 vs 4 terbaru Crash Team Rumble dijadualkan akan lancar pada 20 Jun 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S dan Xbox One.
Mereka juga mengumumkan ujian beta tertutup yang akan berjalan pada 20 sehingga 24 April 2023. Bagi pemain yang membuat pre-order game ini akan mendapat akses untuk menyertai ujian beta tertutup Crash Team Rumble.
Tentang Crash Team Rumble

Crash Team Rumble membawa Crash Bandicoot ke arah yang serba baharu dan tidak dijangka, meletakkan hero dan penjahat ikonik siri itu ke dalam pertandingan berasaskan empat lawan empat pasukan. Dalam setiap perlawanan, kedua-dua pasukan ditugaskan untuk menangkap lebih banyak buah Wumpa daripada yang lain.
Pemain akan berlari, melompat, meluncur dan melantun merentasi peta yang pelbagai dan berbahaya sambil mereka berlumba-lumba untuk menjadi pasukan pertama yang mengumpul dan menyimpan Wumpa yang cukup untuk menuntut kemenangan! Setiap hero mempunyai skill dan ability unik yang pemain boleh bawa ke dalam perlawanan yang.

Kerja berpasukan adalah penting dalam setiap perlawanan, kerana pemain perlu bekerjasama untuk mengumpul dan menjaringkan buah Wumpa terbanyak, menangkap Key Gem untuk meningkatkan skor dan menyekat pasukan lawan daripada menjaringkan gol.
Edisi Game

Untuk menyertai ujian beta tertutup, anda perlu membuat pre-order Crash Team Rumble di mana mereka hanya menyediakan dua edisi sahaja. Berikut adalah dua edisi tersebut bersama item-item yang akan anda dapat di dalam game nanti. Anda boleh membuat pre-order DI SINI.
Standard Edition

- Event bermusim dan mode masa terhad
- Akses Beta
- Premium Battle Pass untuk Season 1
Deluxe Edition

- Premium Battle Pass untuk Season 1 & 2
- 25 tier unlock untuk Premium Battle Pass Season 1
- Digital Proto Pack
- 8 “Blocky” hero skins
- “Pixelated” shadow
- “Get On My Level” in-game victory music
- “Blocky” hat
- “Blocky” backpack
- “Blocky” score FX
- Unique banner
Saya ingin mengingatkan anda bahawa Crash Team Rumble akan dilancarkan pada 20 Jun di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S dan Xbox One sahaja. Mereka juga membuka ujian beta tertutup kepada semua pemain yang membuat pre-order game ini.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post