Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Counter-Strike 2 diumumkan, bakal dilancarkan pada musim panas tahun ini!

safwan by safwan
March 23, 2023
in Action, Artikel, Berita, Game Baru, PC, Shooter, Steam
0 0
0
Counter-Strike 2 diumumkan, bakal dilancarkan pada musim panas tahun ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Daripada khabar angin, kini menjadi realiti. Valve baru sahaja mengumumkan Counter-Strike 2 (CS2) dan bakal dilancarkan pada musim panas tahun ini untuk menggantikan Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO).

Buat masa sekarang, mereka masih tidak mengumumkan sebarang tarikh pelancaran. Memandangkan mereka mengatakan musim panas, kami beranggapan yang ia akan dilancarkan pada hujung bulan Jun nanti.

Berikutan dengan pelancaran tersebut, mereka telah mendedahkan hampir semua penambahbaikan yang akan hadir pada game tersebut dengan mengeluarkan beberapa video baharu. Pertama, mereka telah mengubah engine baharu kepada Source 2 dengan menampilkan tick rate baharu yang lebih lancar untuk para pemain.

Perubahan kedua yang didedahkan adalah “responsive smoke” di mana ia memainkan peranan semasa di dalam game. Saya boleh katakan yang smoke pada Counter-Strike 2 adalah lebih realistik di mana semasa anda menembak “smoke” tersebut, ia akan membuat lubang buat sementara waktu dan apabila dicampak bom pula, sebahagian smoke akan hilang buat sementara waktu.

Sudah alang-alang menggunakan engine baharu, mereka telah membuat perubahan besar pada keseluruhan map. Ia nampak lebih cerah, bagus dan “clean” jika nak dibandingkan dengan CS:GO. Berikut adalah pembaharuan yang akan dibawa ke dalam Counter-Strike 2 nanti:

  • Map overhaul sepenuhnya
    • Peta yang dibaik pulih telah dibina semula sepenuhnya dari awal, memanfaatkan semua alatan Source 2 baharu dan ciri rendering.
  • Peningkatan Map
    • Ini ialah peta yang menggunakan pencahayaan Source 2 baharu, termasuk sistem pemaparan berasaskan fizikal yang menghasilkan material, pencahayaan dan pantulan yang realistik.
  • Touchstone Map
    • Peta klasik dengan asas kukuh boleh digunakan pemain untuk menilai perubahan gameplay daripada CS:GO ke Counter-Strike 2. Peta ini mempunyai peningkatan pada pencahayaan dan bacaan aksara, tetapi sebaliknya tidak diubah.

Memandangkan ini bukan game baharu dan hanya sekadar menukar engine, mereka akan membawa semua skin yang anda sayang di CS:GO ke dalam Counter-Strike 2. Senang cerita, semua item yang ada dalam inventory CS:GO akan dibawa ke dalam CS2 dengan menampilkan sedikit pencerahan pada setiap item tersebut.

Bukan setakat itu sahaja, mereka juga telah mengadakan ujian yang sangat terhad kepada beberapa pemain. Anda boleh tengok FAQ di sini. Bagi melihat perubahan yang didedahkan secara terperinci, klik di sini. Saya ingin mengingatkan anda bahawa Counter-Strike 2 adalah bukan game baharu tetapi hanya berpindah ke engine baharu iaitu Source 2.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: counter strikeCounter-Strike 2CS2
Previous Post

KamiErabi GOD.app — Anime Original Terbaru Oleh Pencipta NieR:Automata Diumumkan!

Next Post

Horizon Forbidden West: Burning Shores akan dilancarkan 19 April nanti!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025
Smartphone

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

May 30, 2025
Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi
Remastered

Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi

May 30, 2025
FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun
Remake

FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun

May 30, 2025
Next Post
Horizon Forbidden West: Burning Shores akan dilancarkan 19 April nanti!

Horizon Forbidden West: Burning Shores akan dilancarkan 19 April nanti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd