Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cosplayer Tokyo Revengers hampir ditangkap polis kerana disangka gangster betul!

Maira by Maira
December 29, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Cosplay, Manga
0 0
0
Cosplayer Tokyo Revengers hampir ditangkap polis kerana disangka gangster betul!
Share on FacebookShare on Twitter

Tokyo Revengers merupakan salah satu siri anime yang popular kini dan tahun depan kita akan mendapat musim kedua untuk anime tersebut. Populariti anime ini sudah semestinya mendapat pelbagai kandungan kreatif dari peminat seperti fanart, merch dan macam-macam lagi. Ramai juga yang suka cosplay watak-watak dalam anime ini. Baru-baru ini, ada sekumpulan cosplayer yang cosplay sebagai watak Tokyo Manji Gang dari Tokyo Revengers dan hampir ditangkap polis.

https://imgur.com/xhrylJ5

Kumpulan tersebut telah mendapatkan permintaan daripada pengurusan fasiliti awam yang mereka pergi untuk melakukan photoshoot. Tetapi mereka terlepas pandang dan lupa untuk menyatakan bahawa mereka akan cosplay watak-watak Tokyo Manji Gang dari siri Tokyo Revengers. Orang awam yang berada di tempat itu telah memanggil pihak berkuasa kerana menyangka mereka adalah kumpulan gangster sebenar.

Jika anda ingin tahu, Jepun telah melarang orang ramai melakukan vandalisme di tempat awam. Jadi, jika ada orang awam yang nampak perkara vandalisme seperti ini, mereka mempunyai hak untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa atau pengurusan di tempat tersebut.

Apa yang dilakukan oleh kumpulan ini telah dikritik oleh pengguna di Twitter, lebih-lebih lagi dengan pemilihan watak yang mereka cosplay. Pengguna Twitter tersebut telah meninggalkan komen pada video yang telah dimuat naik oleh mikamansa, yang merupakan salah seorang ahli dalam kumpulan cosplayer tersebut. Pengguna itu juga menyatakan bahawa ia agak tidak senang dan takut terhadap watak-watak cosplayer tersebut.

RelatedPosts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

Dia juga berkata, walaupun kumpulan cosplayer tersebut mendapat kebenaran untuk menggunakan tempat tersebut, tetapi perbuatan mereka telah “melanggar peraturan fasiliti tersebut.” Kerana kritikan tersebut, ahli kumpulan cosplayer itu telah meminta maaf dan setuju bahawa apa yang mereka lakukan ditempat tersebut bukanlah idea yang baik. Dia juga berkata bahawa dia akan lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti cosplay pada masa depan.

Ini baru versi cosplayer Jepun yang cosplay Tokyo Manji Gang. Kalau mereka lihat versi Indo yang kita selalu nampak dalam video TikTok, mungkin mereka lebih takut. Apapun, kalau anda ingin membaca liputan lain mengenai anime, sila klik pautan ini.

Sumber: yaraon, animehunch

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CosplayerTokyo Manji GangTokyo Revengers
Previous Post

[Khabar angin] Ghost of Tsushima PC akan tiba di Steam pada Februari 2022!

Next Post

Mesej tersembunyi daripada juruanimasi Akira dijumpai setelah berdekad lamanya!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Mesej tersembunyi daripada juruanimasi Akira dijumpai setelah berdekad lamanya!

Mesej tersembunyi daripada juruanimasi Akira dijumpai setelah berdekad lamanya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd