Company of Heroes 3, entri seterusnya dalam salah satu francais RTS paling terkenal di seluruh dunia, terpaksa ditangguhkan kepada 23 Februari 2023.
Kini, Company of Heroes 3 (CoH 3) akan dilancarkan pada 17 November kerana Relic Entertainment, Inc. memerlukan masa tambahan untuk membuat penambahbaikan, pengimbangan dan pembetulan halus CoH 3 untuk memastikan game akan memenuhi jangkaan gamer dan menyampaikan pengalaman taktikal paling mendalam dalam siri ini.
Sejak game mula-mula didedahkan pada Julai 2021, Relic menjemput pemain untuk mendaftar ke CoH-Development, sebuah platform komuniti yang direka untuk menerima maklum balas tentang semua aspek di dalam permainan.
Banyak maklum balas berharga telah diterima, diproses, dan majoriti, dilaksanakan. Antara penambahbaikan yang didedahkan termasuk:
- Membuat penambahbaikan berbeza pada Dynamic Campaign Map serba baharu.
- Studio menambah fokus lebih kuat pada visual dan butiran semasa pertarungan, dengan menambah baik teknologi shader dan finetuning.
- Meningkatkan gameplay dari detik ke detik.
- Membuat peningkatan ketara pada Battlegroup, upgrade tree, unit dan call-in ability.
- Menambah baik bahagian lakonan suara untuk memastikan ia autentik.


“Bekerjasama dengan komuniti CoH-Dev sejak beberapa tahun lepas merupakan pengalaman bernilai dan kami amat berterima kasih atas semua sumbangan mereka kepada CoH3 setakat ini.”
“Kami mahu menyampaikan game terbesar dan paling mengasyikkan dalam sejarah francais, yang bermakna kami memerlukan sedikit lebih masa untuk membetulkan ralat, mengimbangi dan menggilap untuk memastikan gamer mendapat pengalaman yang hebat semasa pelancaran.”
kata Justin Dowdeswell, Pengurus Besar di Relic Entertainment.
Maklumat lanjut tentang Company of Heroes 3, CoH-Dev, dan keputusan untuk memindahkan tarikh keluaran boleh dibaca dalam artikel blog. Jangan lupa untuk prapesan game di SINI untuk menerima item bonus semasa hari pelancaran.
Sekali lagi saya ingatkan, Company of Heroes 3 kini akan keluar pada 23 Februari 2023 di PC melalui Steam.
Untuk membaca segala liputan kami tentang Company of Heroes, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post