Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Comic Fiesta 2024 – Panel Khas Re:Zero Diumumkan Bersama Pelakon Suara Subaru & Emilia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 25, 2024
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Pameran/Expo
0 0
0
Comic Fiesta 2024 – Panel Khas Re:Zero Diumumkan Bersama Pelakon Suara Subaru & Emilia
Share on FacebookShare on Twitter

Para peminat anime dan penggemar Re:Zero − Starting Life in Another World pasti akan teruja dengan panel istimewa di Comic Fiesta 2024!

Acara yang akan diadakan di KLCC pada 21 dan 22 Disember ini bakal menampilkan panel khas yang didedikasikan untuk siri anime popular Re:Zero, dengan kehadiran pelakon suara terkemuka Yusuke Kobayashi dan Rie Takahashi.

Kredit: © Comic Fiesta

Yusuke Kobayashi, yang menghidupkan watak Subaru Natsuki, dan Rie Takahashi, suara kesayangan peminat bagi watak Emilia, akan berada di atas pentas untuk berkongsi pengalaman mereka bekerja dalam siri anime tersebut, memberikan pandangan di sebalik tabir, serta berkongsi pemikiran mereka tentang impak Re:Zero di seluruh dunia.

Peminat boleh menjangkakan perbincangan yang menarik, info eksklusif, dan mungkin beberapa kejutan sambil mereka meneroka lebih mendalam tentang dunia Re:Zero.

Dengan tayangan musim ketiga Re:Zero−Starting Life in Another World- pada awal bulan ini, panel ini dijangka menjadi antara sorotan utama konvensyen tersebut, memberikan peluang yang jarang kepada hadirin untuk mendengar terus daripada bintang-bintang utama siri ini.

Bagi mereka yang kurang tahu, Re:Zero, yang mengikuti kisah Subaru, seorang lelaki muda yang dihantar ke dunia fantasi di mana dia mendapat kuasa untuk “putar balik masa selepas mati.” Sejak debut anime pada 2016, siri ini cepat naik dalam populariti kerana plotnya yang mendebarkan, watak-watak yang kompleks, dan emosi yang mendalam, sertai “waifu-waifu” ikonik.

Kredit: © 長月達平・株式会社KADOKAWA刊/Re:ゼロから始める異世界生活2製作委員会

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman Re:Zero − Starting Life in Another World di Comic Fiesta 2024! Tandakan kalendar pada 21 dan 22 Disember, dan sertai rakan-rakan lain untuk acara yang pastinya tidak dapat dilupakan.

Korang juga boleh layari laman web rasmi Comic Fiesta untuk maklumat lanjut dan nantikan kemas kini mengenai jadual dan penampilan tetamu lain.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
ShareTweetSend
Previous Post

Penyanyi Ado Memulakan ‘Hibana’ World Tour Dengan Konsert Global Pada 2025!

Next Post

[PROMOSI] Beli Produk MSI, Dapatkan Diablo IV: Vessel of Hatred Secara Percuma!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[PROMOSI] Beli Produk MSI, Dapatkan Diablo IV: Vessel of Hatred Secara Percuma!

[PROMOSI] Beli Produk MSI, Dapatkan Diablo IV: Vessel of Hatred Secara Percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd