Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Comic Fiesta 2023: Info Penuh Tiket! Harga Bermula RM 30!

Maira by Maira
October 17, 2023
in Acara, Animasi, Anime, Artikel, Berita, Game, Komik, Manga, Tempatan
0 0
0
Comic Fiesta 2023: Info Penuh Tiket! Harga Bermula RM 30!

Sumber: Comic Fiesta

Share on FacebookShare on Twitter

Comic Fiesta 2023 akan berlangsung pada bulan Disember ini dan kami pasti ramai antara anda tidak sabar untuk ke sana nanti. Mesti ramai yang tertanya-tanya berapakah harga tiket Comic Fiesta untuk tahun ini. Berita baiknya, maklumat mengenai tiket Comic Fiesta 2023 telah pun didedahkan melalui Facebook rasmi acara!

Yang menariknya untuk tahun ini, tiket Comic Fiesta 2023 yang dijual merupakan kad RFID dan bukanlah berbentuk gelang tangan! Jualan tiket akan bermula pada 18 Oktober 2023 sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak. Setiap pelanggan boleh membeli lima tiket sahaja. Berikut adalah harga tiket untuk semua kategori.

Sumber: Comic Fiesta

Untuk golongan OKU dan kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah), harga tiket untuk “All Day” akan mendapat diskaun pada harga RM 25, dan hanya boleh didapatkan semasa acara sahaja. Ia juga tertakluk kepada kuantiti dan kapasiti acara.

MAKLUMAT PENTING TIKET COMIC FIESTA 2023

Semua jenis pas tiket mesti diaktifkan dan didaftarkan melalui kod QR unik yang dilampirkan pada tiket. Mana-mana pemegang tiket yang cuba masuk dengan tiket tidak berdaftar, mesti melengkapkan proses pendaftaran sebelum ke acara.

Sumber: Comic Fiesta

Berikut adalah faedah yang boleh anda dapat selepas pas anda disahkan:

  • Keselamatan yang dipertingkat: Pas yang diaktifkan akan mempunyai langkah keselamatan tambahan dan keselamatan yang dipertingkatkan untuk melindungi daripada pemalsuan, kecurian atau sebarang pertindihan yang tidak dibenarkan.
  • Pengesahan Pantas: Terminal kemasukan akan mengimbas Pas yang diaktifkan, untuk mempercepatkan kadar kemasukan ke kawasan acara.
  • Kelayakan Cabutan Bertuah: Setiap Pas yang diaktifkan akan layak untuk cabutan bertuah acara, jika ada. (contoh: pas konsert dan lain-lain).

Anda boleh lawati laman web rasmi Comic Fiesta 2023 untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai pas ini.

Comic Fiesta 2023 akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 23 dan 24 Disember 2023! Untuk mendapatkan berita lain mengenai Comic Fiesta daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CF2023Comic FiestaComic Fiesta 2023
ShareTweetSend
Previous Post

Review Marvel’s Spider-Man 2 – Dua Kali Ganda Lagi Epik Dengan Dua Spider-Man!

Next Post

AFA Singapore 2023 Padat Dengan Pelbagai Persembahan, Tayangan Perdana Anime, Pameran & Banyak Lagi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
AFA Singapore 2023 Padat Dengan Pelbagai Persembahan, Tayangan Perdana Anime, Pameran & Banyak Lagi!

AFA Singapore 2023 Padat Dengan Pelbagai Persembahan, Tayangan Perdana Anime, Pameran & Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd