Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Code Geass: Roze of the Recapture Dedahkan Trailer Rasmi! Bakal Tayang di Jepun pada Mei 2024!

Maira by Maira
December 19, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Code Geass: Roze of the Recapture Dedahkan Trailer Rasmi! Bakal Tayang di Jepun pada Mei 2024!

©SUNRISE/PROJECT G-ROZE

Share on FacebookShare on Twitter

Anime Code Geass yang baharu akan ditayangkan di Jepun pada tahun depan di pawagam-pawagam Jepun. Melalui trailer baharu yang telah didedahkan filem Code Geass: Roze of the Recapture akan ditayangkan pada Mei 2024 dan ia akan mempunyai empat bahagian kesemuanya.

Kalau anda ingin tahu, anime baharu ini sebenarnya telah diumumkan pada 2020 dengan tajuk Code Geass: Z of the Recapture, tetapi tajuk tersebut ditukar untuk mengelakkan kontroversi yang akan muncul. Untuk penceritaannya, ia akan mengikuti kisah adik-beradik Roze dan Ash.

Diumumkan dahulu bahawa staf yang akan bertanggungjawab termasuklah Yoshimitsu Oohashisebagai pengarah, Noboru Kimura sebagai penulis skrip, kumpulan manga CLAMP sebagai pereka watak asal dan mendiang Takahiro Kimura sebagai pereka watak. Lagu opening untuk filem Code Geass: Roze of the Recapture “Running In My Head” akan dipersembahkan oleh MIYAVI.

©SUNRISE/PROJECT G-ROZE

Siri anime asal , Code Geass: Lelouch of the Rebellion telah ditayangkan buat pertama kali pada 2006 sehingga 2007, manakala musim kedua Code Geass: Lelouch of the Rebellion R2 mula ditayangkan pada tahun 2008. Francais itu juga mendapat adaptasi OVA, filem, siri spin-off Code Geass: Akito the Exiled dan pelbagai novel ringan, manga dan game video. Agaknya apa yang menanti kita dalam penceritaan baharu ini?

Untuk mendapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Code GeassCode Geass: Roze of the Recapture
ShareTweetSend
Previous Post

Siri Persona 5 Terjual Sebanyak 10 Juta Salinan! Diskaun 50% P5R Akan Bermula!

Next Post

Armored Core VI: Fires of Rubicon Tambah ‘Update Ranked Matchmaking!’

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Armored Core VI: Fires of Rubicon Tambah ‘Update Ranked Matchmaking!’

Armored Core VI: Fires of Rubicon Tambah ‘Update Ranked Matchmaking!’

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd