COD: Vanguard akan keluar tidak lama lagi dan mesti anda tidak sabar untuk mula bermain. Sementara menunggu permainan ini dilancarkan, ini beberapa perkara yang korang perlu tahu sebelum bermula bermain!

Nak bermula di mana?
Vanguard mempunyai pelbagai mod seperti Campaign, Multiplayer dan Zombies. Mesti anda juga tertanya-tanya ingin main yang mana satu?
Untuk pemain lama dan baru, kami syorkan korang untuk bermula dengan Campaign dulu. Bukan sahaja korang akan mendapat jalan penceritaan yang epik malah dapat belajar benda asas gameplay sebelum mula bertarung dengan pemain lain.

Campaign COD: Vanguard
Dalam COD: Vanguard, anda akan bermain sebagai salah seorang daripada lima askar biasa yang bangkit untuk menjadi wira dalam perang Dunia II. Cerita ini menggambarkan asal usul Special Forces ketika askar ini membentuk Task Force One. Anda akan bertemu ketua pasukan Sarjan Arthur Kingsley, penembak pakar Leftenan Polina Petrova, peroboh Prebet Lucas Riggs, juruterbang ace Leftenan Kelas 1 Wade Jackson dan orang kanan Kingsley, Sarjan Richard Webb. Anda boleh lawati laman web rasmi untuk mendapatkan maklumat lanjut untuk Campaign ini.
Dengan menyelesaikan Campaign, anda akan mendapat asas kukuh yang ada perlukan untuk menjadi pejuang terbaik semasa berlawan dalam jarak dekat dan jarak jauh dalam peperangan. Anda boleh pilih tahap kesukaran termauk Rekrut untuk pemain baru atau mereka yang ingin menikmati jalan cerita dan Veteran untuk pejuang berpengalaman.

Mod Multiplayer
Dengan 20 peta tersedia semasa pelancaran, COD: Vanguard membawa salah satu tawaran hari pertama terbesar kepada Call of Duty Multiplayer. Alami pertempuran first person yang pantas dan taktikal merentas pelbagai mod Multiplayer termasuk Team Deathmatch, Kill Confirmed, Domination dan beberapa mod terbaru seperti Patrol dan Champion Hill yang merupakan arena kejohanan survival berpasukan.
Playlist terpilih dan Quick Play Filter
Playlist pada menu Multiplayer mempunyai senarai mod permainan yang berubah setiap minggu. Pilih mana-mana mod yang anda suka atau gunakan Quick Play Filter untuk mula bermain. Jika anda pemain baru atau lama, Team Deathmatch sangat membantu untuk mengetahui perkara asas sebelum menambah objektif.

Ciri Baharu: Combat Pacing
Ciri terbaru Vanguard ialah Combat Pacing. Anda boleh pilih di Quick Play Filter, tetapan ini membolehkan pemain meningkatkan keamatan perlawanan dengan meningkatkan saiz peta Multiplayer. Pilih Tactical Combat Pacing untuk pengalaman pertempuran yang dahsyat dan sengit, Assault untuk pertarungan yang lebih seimbang dan Blitz untuk aksi tinggi dan pertempuran huru-hara.
Untuk pemain baru, kami syorkan Tactical Combat Pacing untuk mengehadkan bilangan musuh, tetapi jika anda sukakan pertempuran yang huru-hara, boleh main Assault dan Blitz.

Private Match dan Clan
Dua daripada ciri terbesar untuk membantu anda mendapatkan keyakinan dalam pertempuran ialah Private Match dan Clan.
Private Match hanya boleh dimainkan oleh anda dan sesiapa sahaja yang dijemput ke lobi tersebut. Walaupun tidak mendapat exp, anda boleh berlawan dengan bot dalam mana-mana peta tersedia dengan loadout pilihan anda.
Dengan menyertai Clan, anda boleh menguasai mod Multiplayer. Apabila bermain dengan Clanmate, anda bukan sahaja bermain dengan pasukan yang dikenali tetapi anda juga mendapat pelbagai ganjaran XP.

Mod Zombies
Bersambung daripada cerita Dark Aether yang pertama kali diperkenalkan dalam Call of Duty®: Black Ops Cold War dengan latar dan naratif Perang Dunia II yang baharu, bermula di runtuhan Stalingrad. Sertai sehingga tiga pemain lain dalam pengalaman co-op “Der Anfang” — atau “Permulaan” — semasa anda bertarung melawan gerombolan zombi yang dibangkitkan oleh Oberführer Wolfram Von List, Nazi yang terdesak yang terikat dengan bekas penguasa Dark Aether dengan kuasa menghidupkan semula orang mati.
Dalam “Der Anfang,” anda akan membentuk ikatan dengan entiti Dark Aether anda sendiri semasa anda mengembara melalui portal untuk melawan tentera mayat hidup dan menyelesaikan objektif. Peroleh sumber seperti Essence, Salvage dan Sacrificial Hearts semasa anda berjuang dan menyelesaikan objektif. Gunakan sumber ini untuk meningkatkan senjata anda di mesin Pack-a-Punch, craft armor dan Equipment di Crafting Table dan dapatkan kebolehan mengubah permainan di Altar of Covenants.

Tips untuk 10 jam pertama
- Gunakan tetapan yang betul. Tidak kira lah anda bermain di konsol atau PC, tetapan yang terbaik boleh memberikan pengalaman bermain yang hebat kepada anda. Jadi ambil masa anda untuk mendapatkan tetapan yang sesuai untuk permainan anda.
- Main Campaign dulu. Ini merupakan permulaan terbaik untuk pemain baru dan lama. Anda boleh berhenti dan rehat seketika ketika bermain. Selain itu, anda akan mengenali dunia Vanguard apabila habis bermain.
- Pilih senjata dan mula. Di mod Multiplayer dan Zombies, anda akan mendapat XP senjata apabila mengalahkan musuh. Jadi, anda dapat membuka attachment baru untuk penyesuaian senjata anda yang diminati.
- Mainkan Objektif. Jika anda hanya ingin membunuh musuh, anda boleh bermain Team Deathmatch. Jika tidak, cara terbaik untuk membantu pasukan anda dan memperoleh XP adalah dengan memfokuskan pada objektif, sama ada objektif dalam Domination atau mengambil tag dalam Kill Confirmed. Kekal fokus pada tugas yang sedang dijalankan dan kebolehan anda dijamin akan bertambah baik dengan cepat.
- Dapatkan Low-Cost Killstreak. Untuk pemain baru, ini cara terbaik untuk mendapatkan Killstreak. Cuba Intel untuk mendedahkan musuh terdekat, Spy plane untuk mendedahkan musuh kepada pasukan anda dan Glide Bomb untuk menyingkirkan musuh dengan pantas.
- Lengkapkan cabaran. Pergi ke menu Challenges di Multiplayer dan Zombies untuk lihat tugasan tertentu. Apabila selesai, anda akan mendapat bonus XP dan item kosmetik seperti Calling card. Ini merupakan cara terbaik untuk tingkatkan kebolehan anda.
- Hit the Barrack. Barrack merupakan destinasi untuk melihat kemajuan anda dan mencipta identiti unik anda dalam Campaign dan Multiplayer. Semak statistik seperti rank, combat record dan medal yang diperoleh. Sesuaikan profil anda dengan Calling Card, Frame, Player Title, Emblem, Gesture dan Spray.
- Ajak kawan dan sertai Clan. Dengan kebolehan sambungan di pelbagai platform, lebih mudah untuk anda mencari kumpulan untuk mula bermain. Anda boleh mencipta Clan sendiri, jadi semua orang mendapat lebih banyak ganjaran.
- Lihat Battle Pass. Battle Pass musim keenam Black Ops Cold War termasuk 24 tier percuma akan terikat dengan Vanguard, yang boleh didapati dengan bemain permainan tersebut. Kemajuan permainan akan dikongsi antara Campaign, Zombies dan Warzone. Anda boleh beli Battle Pass untuk membuka semua tier termasuk Skin Operator baru, Blueprint senjata, Emblem dan banyak lagi.
- Berlatih. Dengan banyak bermain dalam perlawanan, anda akan mula memahami pelbagai peta, mod, senjata dan sistem dalam Vanguard. Anda akan menjadi lebih yakin dengan kebolehan anda apabila berada dalam situasi sukar.

Harap dengan tips ni korang akan dapat mulakan pertempuran anda dengan penuh hebat dan berjaya membawa kemenangan. Untuk pemain baru, jangan stres sangat dan berseronoklah ketika bermain! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai permainan ini, sila klik pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post