Sambutan terhadap Civilization: Eras & Allies semakin memuncak apabila game ini berjaya meraih lebih daripada 2 juta pra-pendaftaran menjelang pelancarannya di Asia pada 19 Jun 2025.

Dengan pencapaian ini, kelima-lima peringkat ganjaran pra-pendaftaran telah berjaya dibuka, sekaligus memastikan semua pemain di setiap server akan menerima pelbagai bonus menarik pada hari pelancaran.
Hadiah-hadiah ini akan dihantar melalui peti mel dalam game dan merangkumi Gold, XP Boost, Museum Ticket yang memberikan peluang untuk membuka pemimpin legenda hebat, serta ganjaran utama yang dinanti-nantikan: City Skin dan Avatar Frame eksklusif.
Kempen pra-pendaftaran ini membangkitkan keterujaan besar di seluruh rantau, dengan ramai pemain tidak sabar untuk merasai pengalaman membina empayar yang dioptimumkan khas untuk peranti mobile.
Trailer gameplay terbaru yang baru sahaja dilancarkan beberapa minggu lepas turut menyemarakkan lagi minat pemain, dengan paparan pelbagai tokoh legenda serta aksi strategi masa nyata yang penuh dinamik — semuanya direka khusus untuk platform mobile.
Bagi yang masih belum mendaftar, masih ada masa untuk menyertai pra-pendaftaran melalui App Store, Google Play atau laman web rasmi, bagi memastikan mereka tidak terlepas sebarang ganjaran menarik sebelum pelancaran rasmi game.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Civilization: Eras & Allies.
@gamersantaimy
Discussion about this post