Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cipta dunia anda sendiri kerana Animal Crossing: New Horizons dilancarkan hari ini di Nintendo Switch!

Serta tips yang anda boleh gunakan untuk memulakan permainan!

Nyny.A by Nyny.A
March 20, 2020
in Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
Cipta dunia anda sendiri kerana Animal Crossing: New Horizons dilancarkan hari ini di Nintendo Switch!
Share on FacebookShare on Twitter

Secara rasmi Animal Crossing: New Horizons dilancarkan hari ini 20 Mac 2020 di Nintendo Switch! Sebuah permainan yang membenarkan anda mencipta dunia sendiri di pulau dan mengembara, mencipta juga kustom dalam permainan ini!

Tunjukkan utopia pulau anda kepada keluarga dan rakan-rakan atau pek beg anda dan lawati pulau mereka. Sama ada bermain dalam talian atau dengan orang lain di sebelah anda, kehidupan pulau adalah lebih baik apabila anda boleh berkongsi!

Jadi ini adalah 7 tips untuk anda bermula seperti yang dikongsikan oleh VentureBeat!;

Berjumpa dengan Tom Nook 

Sumber: GamesBeat

Andai kata anda buntu dan rasa sesat, senang je! Pergi berjumpa dengan Tom Nook dan mulakan perbualan dengannya dengan dialognya bermula “What Should I do?”. Kemudian akan sentiasa menunjuk kepada perkara seterusnya yang perlu anda lakukan jika anda ingin meningkatkan keupayaan anda, rumah anda, atau kampung anda.

Dapatkan pocket organizer dan tool wheel awal-awal!

Sumber:Animal Crossing: New Horizons

Sebaik sahaja tutorial selesai, anda boleh membeli beberapa barang yang berguna lebih awal untuk menjalankan permainan lebih mudah. “Pocket organizer” memperluaskan saiz poket simpanan anda. Dan “tool wheel” itu memberikan anda “quick-select wheel” untuk memudahkan anda mengeluarkan barangan seperti cangkul, kapak dan barang-barang lain yang berguna.

Jangan Abaikan misi walaupun nampak senang!

Sumber: GamesBeat

Pada awal-awal permainan, Tom Nook sentiasa akan membimbing anda melalui beberapa misi biasa dan ini termasuk membayar yuran perpindahan anda, membuat perabot untuk penduduk kampung , serta meningkatkan bandar anda. Jangan sesekali abaikan misi ini! Ini adalah ciri penting, permainan yang berubah-ubah seperti keupayaan untuk membuat perjalanan adalah penting.

Makan Buah!

Sumber: Polygon

Menanam dan menjual buah-buahan adalah cara terbaik untuk mendapatkan loceng, tetapi anda mempunyai pilihan lain. Jadi Makanlah buah! Ini memberikan anda kekuatan super yang membolehkan anda melakukan perkara seperti memecahkan batu.

Letakkan pagar dibelakang batu

Pro tip #AnimalCrossing #ACNH #NintendoSwitch pic.twitter.com/mB57UfUsWC

— Grubb (@JeffGrubb) March 19, 2020

Andai kata kalau nak pecahkan batu selalu watak kita tertolak kebelakang. Jadi apa kata anda letakkan pagar dibelakang seperti yang dikongsikan @JeffGrubb di Twitter. Jimat masa untuk anda okay!

Selalukan beli sesuatu yang baru di Shop!

Sumber: The Star

Setiap hari di Store kat pulau anda sentiasa ada barangan baru. Jadi beli je apa jua yang anda tak pernah nampak sebelum ni! Sebab ianya akan memenuhkan katalog di Resident Services! Ini akan membolehkan anda menyusun semula sebarang barang yang telah anda beli sebelum ini.

Selesaikan misi harian anda!

Misi harian sentiasa akan dikeluarkan dalam app Nook Miles. Misi ini akan memberi Miles dua kali ganda untuk menyelesaikan misi kecil seperti menangkap 5 ikan atau belah kayu. Memang seronok dapat selesaikan misi-misi senang ni!

Jadi jangan lupa untuk dapatkan Animal Crossing: New Horizons sekarang dan main bersama rakan-rakan anda di Nintendo Switch!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Animal Crossing: New Horizonsnintendo switch
Previous Post

Khas untuk peminat PC! Tomb Raider & Lara Croft and the Temple of Osiris ialah PERCUMA di STEAM pada 21 MAC!

Next Post

Luangkan masa anda dengan 5 Game PC ini semasa COVID-19 lockdown!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Next Post
Luangkan masa anda dengan 5 Game PC ini semasa COVID-19 lockdown!

Luangkan masa anda dengan 5 Game PC ini semasa COVID-19 lockdown!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd