Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cipta Avatar sendiri & sertai Singapore Games Week 2021 sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 11, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Cipta Avatar sendiri & sertai Singapore Games Week 2021 sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Singapore Games Week (SGW) 2021 secara rasmi bermula hari ini dan menawarkan sebuah pameran alam maya (SGW Virtual Village), bengkel, aktiviti harta karun, sesi trivia dan banyak lagi. SGW Virtual Village dibuka sehingga 31 Oktober, manakala aktiviti lain akan berlangsung dari 11 hingga 17 Oktober. Acara ini dianjurkan oleh Singapore Games Association (SGGA) dan diadakan bersama kerjasama gamescom asia. Anda boleh melihat laman web rasmi untuk maklumat lanjut.

Mari teroka kampung maya SGW (11 hingga 31 Oktober)

Sebagai pameran utama untuk SGW 2021, SGW Virtual Village adalah kampung bertema Singapura. Pengunjung bermula dengan mencipta avatar dalam talian sendiri untuk melawat pelbagai zon. Aktiviti di Virtual Village merangkumi:

  • Jumpa dan “berbual” dengan pelbagai syarikat permainan yang berpusat di Singapura, termasuk pemaju, penerbit, dan juga syarikat yang memiliki kepakaran dalam reka bentuk, perhiasan, pemasaran, dan produksi video yang berkaitan dengan permainan. Nantikan juga pameran eksklusif “Convalescence” – yang dikembangkan oleh pelajar-pelajar Tahun 2 Politeknik Singapura.
  • Tonton kandungan gaming di Screening Zone – dari tayangan video hingga sesi live streaming dari gamescom asia.
  • Cari dan selesaikan petunjuk Treasure Hunt di sekitar kampung.

Sertai Treasure Hunt dan lihat perniagaan tempatan (11 hingga 17 Oktober)

Sebagai sebahagian daripada SGW 2021, Treasure Hunt adalah acara hibrid yang merangkumi klu dan petunjuk yang tersembunyi di SGW Virtual Village, laman rakan kongsi, serta lokasi F&B terpilih. Berdasarkan konsep bahawa permainan boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian, para peserta akan meneroka melalui dunia sebenar dan maya untuk menyelesaikan soalan dan teka-teki yang berkaitan dengan gaming. Dengan memberi jawapan yang betul, anda boleh memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk kerusi gaming, smart watch, game eksklusif, loot bag dan banyak lagi.

Temui bakat (tersembunyi) anda bersama komuniti (11 hingga 17 Oktober)

Dari aktiviti melukis hingga bengkel reka bentuk permainan, terdapat macam-macam aktiviti yang dianjurkan oleh komuniti tempatan untuk setiap peminat khusus. Boleh dihadiri secara percuma atau melalui pembayaran untuk aktiviti tertentu, ia termasuk:

  • The Paper Playground oleh AlterCulture Studios: Bengkel yang memberikan sekilas pandang tentang proses reka bentuk permainan, dan pengalaman langsung dalam merancang prototaip permainan sendiri.
  • Running Tabletop RPGs for Friends and Family: A Beginner’s Guide to TRPGs and Storytelling oleh Curious Chimeras: Bengkel di mana pereka dan pemain TRPG (Tabletop Role-playing Games) yang berpengalaman akan menunjukkan bagaimana anda dapat menikmati permainan dengan rakan-rakan dan keluarga.
  • Dungeons & Dragons Experience oleh Neo Tokyo Project: Belajar bermain Dungeons & Dragons dengan pengarang, Jason Koh, dan alami satu siri pengembaraan sepanjang 4 jam yang menarik dan disesuaikan khas untuk SGW 2021.
  • Learn to Paint Dungeons & Dragons Miniatures oleh Neo Tokyo Project: Bengkel lukisan miniatur membolehkan para peserta belajar teknik untuk menambah warna untuk menghidupkan raksasa dan watak kegemaran mereka.
  • Play with Gank’s Playpals: menawarkan harga subsidi untuk bermain dan berinteraksi dengan pencipta kandungan dan gamer dari Asia Tenggara.

Perniagaan permainan video dari aspek Singapura (14 hingga 17 Oktober)

Bagi syarikat yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bekerja di industri gaming Singapura, SGGA akan menjadi tuan rumah kepada acara hibrid Singapore Pavilion di gamescom asia. Singapore Pavilion akan menampilkan peserta dari syarikat dan PKS permainan video/esports yang berpangkalan di Singapura. Seterusnya, raikan yang terbaik di Asia dengan pemenang Asia Games Awards. Dianjurkan oleh SGGA dan gamescom asia, anugerah ini akan disiarkan secara langsung pada 17 Oktober di SGW Virtual Village untuk mengiktiraf karya terbaik di Asia.

Jika anda berminat untuk menyertai Singapore Games Week 2021, sila tekan pautan INI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: acaraAsia TenggaraGamingSingapore Games AssociationSingapore Games Week 2021singapura
Previous Post

Ryu Ga Gotoku Studio sedang bangunkan sekuel Yakuza: Like A Dragon!

Next Post

Dapatkan baucar 7-Eleven dengan tawaran ekslusif buat pemain Playstation!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Dapatkan baucar 7-Eleven dengan tawaran ekslusif buat pemain Playstation!

Dapatkan baucar 7-Eleven dengan tawaran ekslusif buat pemain Playstation!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd