Asalkan permainan FPS, mesti senang sangat nak temui cheater dan hacker! Iya, tidak sampai seminggu keluarnya Call of Duty Mobile (COD Mobile), ramai aduan dari group di Facebook Malaysia serta perkongsian dari negara seberang mengenai penjual hacking sistem yang membantu pemain-pemain ‘noob’ atau senang cerita bodoh menggunakan penipuan dalam permainan ini!
https://www.facebook.com/codm/videos/2457343741168636/
Pertama, kami melihat beberapa perkongsian dari negara jiran antaranya seperti Hitekno dan Gamebrott tentang perkongsian posting bernama ‘Pekalongan Citer’ di Facebook. Mereka menawarkan penggunaan Cheat di COD Mobile secara berbayar! Namun, mereka berdalih dan menafikan ianya adalah satu penipuan dan tidak pernah membuat fanspage tersebut.
Kewujudan fanspage VIP Pekalongan Cheat di Facebook sememangnya agak misteri. Kerana ia menawarkan cheat permainan dalam talian yang menjamin 100 peratus anti-larangan. Mereka menggunakan Spuc*ngine Network dengan cheat premium mereka.
Antara hack yang boleh digunakan adalah ESP (Persepsi Sensor Tambahan) atau umumnya bahasa Wallhack, No Recoil, Aimbot, Unlimited Ammo, hingga Speedhack. Cheat ini berharga $ 5 (anggaran RM15-20).
Sakit hati sebagai pemain bersih bila tahu mengenai ini. Kami turut mendapat perkongsian di Facebook Group Call of Duty Mobile Malaysia mengenai terjumpa para cheater ini didalam permainan! Bukan setakat itu, salah satu editor kami turut menyatakan dia berjumpa seorang cheater semalam kemungkinan besar menggunakan AimBot.
Musuh dari arah kanan, terus tembak tanpa henti ke kiri dan tembak aku. Macam mana dia tahu aku baru sampai situ??
-Editor GS
Ini pula perkongsian didalam group Facebook seperti yang dinyatakan diatas oleh Răy Kiňda’z.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1106787586184933
Satu lagi perkongsian oleh Mohd Fadzli;
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=662109750950237&set=gm.753710491720440&type=3&theater&ifg=1
Terbaru dari perkongsian posting di Facebook rasmi Garena Call of Duty Mobile, mereka sudah mula memerhatikan para cheater dan hacker ini. Autoban akan dilakukan kepada cheater dan hacker ini yang ditangkap menggunakan alat hacking pihak ketiga dan akan dihukum serta merta!
https://www.facebook.com/codm/photos/a.2010954482343721/2132447906861044/
Bagus degan tindakan Garena untuk menghapuskan para cheater dan hacker ini dalam masa yang cepat. Kepada pemain-pemain COD Mobile, kami memohon janganlah menjadi terlalu bodoh untuk menjadi cheater dan hacker ini semua. Semua pemain inginkan permainan yang bersih. Jangan mengaku diri anda gamers jika kerap melakukan tabiat bodoh serbegini! Mana-mana pemain yang jumpa golongan ini, beri kerjasama anda untuk report terus kegiatan mereka semua.

@gamersantaimy
Discussion about this post