Kalau kita berada dalam satu perlawanan dengan cheater di CS: GO, memang boleh bikin stress. Siapa je yang suka kalau tiba-tiba kena headshot daripada seberang peta. Semangat untuk main pun akan hilang. Walaupun Valve Anti-Cheat (VAC) melakukan yang terbaik untuk mengharamkan hacker, ia masih tidak cukup. Walau bagaimanapun, seorang individu kreatif menemui cara baru yang lebih menarik!
Jurutera perisian dan peminat CS: GO, “ScriptKid” telah mencipta perisian cheat sendiri untuk game ini. Namun, daripada memberikan kelebihan cheat kepada semua orang yang memuat turunnya, ia hanya bertujuan untuk mensabotaj perlawanan mereka. Secara khusus lagi, ScriptKid mencipta “bait software” yang nampak seperti cheat, dan menjanjikan ia “100% tidak boleh dikesan oleh VAC” dan menpromosikannya secara percuma bebas. Siapa yang taknak cuba kan tawaran bagus seperti ini? Seramai 1,021 orang memuat turun perisian tersebut dalam masa dua minggu.
Daripada memberikan pemain aimbot atau wallhack yang luar biasa, ScriptKid memasang banyak “hack palsu” agar penipu dihukum. Hukuman ini termasuk menembak rakan sepasukan, salah membaling bom tangan, dan menghentikan “defuse“sebelum ia selesai. Hack palsu ini akan berlaku secara rawak, jadi sukar untuk mengetahui bila ia akan mensabotaj cheater seterusnya. Senarai lengkap hack palsu boleh didapati di bawah:
- Burning Man: baling bom tangan ke bawah dan kunci pergerakan selama beberapa saat.
- No Plant or Defuse: membatalkan “plant atau “defuse” pada saat terakhir, dan mainkan bunyi palsu untuk mengelirukan mereka.
- Big Spender: bazirkan wang cheater dengan membeli senjata bodoh, seperti shotgun.
- NoSpray4U: peluang 50% untuk menjatuhkan senjata ketika spray.
- Invert Mouse ADS: membalikkan kawalan tetikus sambil mengarahkan skop ke bawah.
- Violence Speed Momentum: meningkatkan sensitivity kepada 100 selama beberapa saat.
- Butter Fingers: menjatuhkan senjata setiap kali cheater cuba menembak.
- Do You Even Aim Bro: buat perkara bertentangan daripada aimbot.
- Blood Brothers: menembak ketika cheater membidik ke arah rakan sekutu.
Ini bukan kali pertama ScriptKid menipu cheater. Dia pernah melakukan melakukan perkara yang sama dengan hacker PUBG, dengan menipu mereka untuk install “bait software” yang membuat mereka melompat keluar daripada kenderaan yang bergerak, menembak rakan sepasukan semasa menghidupkan mereka semula, dan menjatuhkan bom tangan ke atas mereka.
Memandangkan “cheat” ScriptKid akan diambil tindakan oleh VAC kerana mengubah fail permainan, ia adalah hukuman dua kali ganda bagi cheater yang termakan umpan. INGAT YA! Kalau bersemangat nak menipu pun, sekurang-kurangnya buat lah dengan betul.

@gamersantaimy
Discussion about this post