Minggu lalu kita telah melihat Falling Devil bertarung dengan Chainsaw Man, tetapi pertarungan itu tidaklah begitu lama. Setelah menumbangkan Chainsaw Man, dia meneruskan perjalanannya untuk mencari Asa. Agak malang juga nasib watak tersebut apabila dia telah dijumpai. Jom kita tengok apa pula yang terjadi dalam bab terbaru manga Chainsaw Man!

AMARAN! Ada spoiler manga Chainsaw Man 127 di bawah!
Bab bersambung dengan Falling Devil cuba untuk membuatkan Asa jatuh semula sambil mengingatkan Asa terhadap traumanya. Dia kemudiannya memegang Asa dan berjanji bahawa dia akan membuatkan Asa jatuh dengan aman jika dia menutup matanya. Melihat pada Yoru yang sedang menjerit, Asa terus berfikir mengenai kucing serta penjaganya dahulu.

Menerima nasibnya itu, Asa terus jatuh dengan lebih tinggi tetapi ada sesuatu yang dia kesali. Tiba-tiba Chainsaw Man tiba dan memegang tangan Asa untuk menghentikannya daripada jatuh lebih jauh. Asa yang terkejut terus memintanya untuk melepaskan tangannya sambil mengatakan bahawa dia tidak kisah untuk jatuh kerana kehidupan itu sendiri menyakitkan.

Nampaknya Chainsaw Man tidak begitu setuju dengan kenyataan Asa dan cuba membuatkan Asa fikir mengenai perkara yang gembira. Apabila mereka berhenti jatuh, Chainsaw Man terus memberitahu mengenai kisahnya yang dahulunya kelihatan hebat, tetapi terus musnah apabila sesuatu yang buruk terjadi. Asa bertanya bagaimana dia boleh mengatasi perasaan tersebut, lalu Chainsaw Man berkata bahawa dia tidak atasinya langsung. Cuma dia mempunyai sesuatu yang membuatkannya untuk meneruskan kehidupannya. “Sesuatu” itu sememangnya benda yang membuatkan Asa sendiri terkejut. Kelakar juga melihat reaksi Asa itu.

Kalau anda ingin tahu apakah “sesuatu” itu, kenalah baca sendiri bab 127 ini. Memang Denji tidak pernah berubah langsung sehingga sekarang. Dia masih ingin capai impiannya yang dahulu. Anda yang ingin membacanya boleh ke aplikasi atau laman web MangaPlus. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Chainsaw Man daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post