Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Chainsaw Man Season 1 mempunyai 12 episod & 12 lagu penutup berbeza, visual baru didedahkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 19, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Chainsaw Man Season 1 mempunyai 12 episod & 12 lagu penutup berbeza, visual baru didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Anime akan datang Chainsaw Man telah mengeluarkan trailer baharu sebelum tayangan perdana pada 12 Oktober 2022. Bukan itu sahaja, kita juga dapat maklumat bahawa anime Chainsaw Man Season 1 akan mempunyai 12 episod, di mana setiap episod akan mempunyai 12 lagu penutup berbeza daripada artis terkenal!

Maklumat itu didedahkan semasa acara tayangan khas dua episod pertama Chainsaw Man di Jepun, yang diadakan untuk 300 pemenang bertuah yang dipilih melalui loteri.

Kesemua 12 lagu penutup serta artisnya telah diumumkan dan berikut adalah senarai:

  • “Katagiri 2-oku centimeter” oleh MAXIMUM THE HORMONE
  • “ALL KINDS OF KISSES” oleh ano
  • “Fight Song” oleh eve
  • “Deep Down” oleh Aimer
  • “Rendezvous” oleh Kanaria
  • “In the Back Room” oleh syudou
  • “Violence” oleh QUEEN BEE
  • “Time Left” oleh ZUTOMAYO
  • “First death” oleh TK daripada Ling tosite sigure
  • “Tablet” oleh TOOBOE
  • “CHAINSAW BLOOD” oleh Vaundy
  • “DOGLAND” oleh PEOPLE 1

Kebanyakan peminat anime pasti kenal Aimer yang menyanyikan lagu opening untuk Demon Slayer Season 2. Eve pula ialah seorang lagi artis popular yang dikenali dalam komuniti anime untuk lagu opening Jujutsu Kaisen yang dipanggil “Kai Kai Kitan”.

Toru Kitajima, lebih dikenali sebagai TK daripada Ling tosite sigure ialah artis popular dan terkenal untuk lagu opening Tokyo Ghoul bertajuk “Unravel” yang dianggap sebagai salah satu lagu anime terbaik dalam sejarah.

Mungkin ramai peminat tertanya-tanya, kenapa terdapat 12 lagu penutup berbeza. Menurut pengarah anime Chainsaw Man, dia meminta semua artis kegemarannya untuk mengambil bahagian dalam projek ini.

Saya akhirnya dapat mengikuti ramai artis dan pelakon…! Saya dapat bertanya kepada orang yang saya suka, jadi sila nantikan setiap OP/ED dan watak yang akan muncul pada masa hadapan!

Pengarah Chainsaw Man di Twitter.

やっとアーティストさんやキャストさんをいっぱいフォローできる…!どれも大好きな人ばかりにお願いできたので各OP・EDも今後の登場キャラもそれぞれ楽しみにして欲しいです!

— 中山竜/Ryu Nakayama (@r_nkym_) September 19, 2022

Sejak diterbitkan pada 2018, manga Chainsaw Man telah menjadi popular di seluruh dunia dan merupakan karya paling popular oleh Fujimoto, dengan lebih 12 juta salinan dalam edaran. Sekarang ini, bahagian kedua untuk siri manga telah pun bermula dan tersedia untuk dibaca secara percuma melalui MangaPlus.

Berikut adalah sinopsis rasmi untuk Chainsaw Man:

“Kisah ini menceritakan tentang seorang pemuda bernama Denji. Dia merupakan seorang budak miskin yang dipaksa oleh yakuza untuk membunuh iblis bagi melunaskan hutangnya. Namun, setelah misi terakhir, dia dianggap tidak berguna lagi dan dibunuh oleh iblis yang bekerja untuk yakuza.

Tetapi kehidupan Denji bakal berubah ketika dia dihidupkan semula oleh anjing gergaji peliharaannya, Pochita! Diperhatikan oleh pemburu iblis lain yang tiba di tempat kejadian, Denji ditawarkan untuk bekerja di Public Safety Bureau sebagai salah seorang dari mereka. Sekarang dia tinggal di bandar sebagai Devil Hunter rasmi. Walaupun akan menghadapi musuh yang lebih sukar, Denji tidak akan berhenti untuk mencapai impian remajanya!”

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Chainsaw Man daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeChainsaw Man
Previous Post

Review Dragon Ball Super: Super Hero (SPOILER) – Kepulangan Gohan ke medan perang!

Next Post

[Review] Airborne Kingdom: The Lost Tundra – Negara salji penuh cabaran menanti!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[Review] Airborne Kingdom: The Lost Tundra – Negara salji penuh cabaran menanti!

[Review] Airborne Kingdom: The Lost Tundra - Negara salji penuh cabaran menanti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd