Masanya telah tiba untuk salah satu manga paling popular di Shonen Jump untuk membuat loncatan ke anime! Menurut pengumuman terkini, Chainsaw Man akhirnya mendapat anime sendiri, dan produksi akan diuruskan oleh MAPPA yang terkenal dengan The God of High School, Attack on Titan: Finale dan Jujutsu Kaisen. Seperti yang anda lihat di bawah, visual utama untuk anime Chainsaw Man telah didedahkan dan menunjukkan watak utama Denji dalam bentuk ngerinya.
【Official Announcement!】
Chainsaw Man will get an anime adaptation! (Studio: MAPPA)And here is a Teaser Visual!
✨More: https://t.co/p4fboNFzvJ pic.twitter.com/zlyonMsnxm
— AnimeTV チェーン (@animetv_jp) December 13, 2020
Anime ini dijangka akan keluar tahun depan, tetapi tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan.
Anda juga harus tahu bahawa manga Chainsaw Man sudah tamat, dan bab terakhirnya sudahpun boleh dibaca semalam. Walaupun begitu, ternyata ada lebih banyak lagi tentang Chainsaw Man yang akan datang kerana bab terakhir ini hanya bermaksud kesimpulan story arc pertama dalam manga.
Menurut isu terkini Weekly Shonen Jump, Tatsuki Fujimoto (pencipta) masih belum selesai dengan Chainsaw Man dan mempunyai story arc lain untuk diterokai selepas kesimpulan arc Kōan (Public Safety). Bahagian kedua akan membuatdebut selepas peralihannya daripada Weekly Shonen Jump ke Shonen Jump+ (aplikasi dan laman web). Pada masa ini, tidak ada kata rasmi bila story arc kedua akan bermula.
Sumber – AAN
@gamersantaimy
Discussion about this post