Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

CD Projekt Red dalam usaha kembalikan Cyberpunk 2077 ke Playstation Store

Amir Haziq by Amir Haziq
April 2, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Genre, Microsoft, PC, Platform, PS4, PS5
0 0
0
CD Projekt Red dalam usaha kembalikan Cyberpunk 2077 ke Playstation Store
Share on FacebookShare on Twitter

Pada tahun lalu, Sony telah mengeluarkan Cyberpunk 2077 dari PlayStation Store yang mengejutkan ramai peminat. Penyingkiran itu dibuat berikutan penerimaan negatif dan permintaan refund yang banyak dari pemain Cyberpunk 2077 masih belum selesai. Minggu ini, pembangun CD Projekt Red mengeluarkan patch besar untuk permainan tersebut bagi membuatkannya boleh dimainkan dengan lancar di konsol.

Semasa panggilan bersama pelabur pada 30 Mac lalu, SVP bahagian pengembangan perniagaan CD Projekt Red, Michal Nowakowski membincangkan mengenai kemungkinan permainan itu akan kembali semula ke PlayStation. Peminat masih boleh membeli permainan ini di PS4 dalam format fizikal, tetapi Nowakowski menyatakan keputusan untuk kembalikan salinan digital permainan masih dijalankan di mahkamah Sony.

“Mengenai proses ini, kami telah menerbitkan beberapa patch besar yang dilancarkan semalam. Kami juga mengeluarkan beberapa perbaikan terbaru, dan masing-masing membawa kami lebih dekat untuk kembali ke PlayStation Store. namun, keputusan akhir adalah dari Sony. Jadi mari kita tunggu dan lihat, ” kata Nowakowski.

Tambahan pula, keputusan seperti penyingkiran Cyberpunk 2077 dari PlayStation Store adalah pertama kali dibuat oleh Sony. Keputusan itu tidak pelik kerana syarikat tersebut masih ragu-ragu untuk menyediakan semula permainan ini di pasaran PlayStation Store. Versi konsol Cyberpunk 2077 dikelilingi pelbagai penerimaan negatif dari pemain. Namun, Microsoft masih menjualnya di platform tanpa masalah.

Ringkasnya, Playstation Store adalah platform milik Sony, dan hanya mereka yang akan menentukan keputusan untuk kembalikan Cyberpunk 2077. CD Projekt Red hanya perlu mempertingkatkan permainan mereka dengan harapan Sony akan menjualnya semula. Pembangun ini juga menghadapi beberapa bulan yang sukar, namun dengan mengembalikan permainan mereka ke PlayStation Store akan membantu mengubah persepsi Sony.

Jika korang pernah main Cyberpunk 2077 di PlayStation, rasanya patut tak Sony kembalikan permainan ni dekat PlayStation Store semula? Kongsikan pendapat korang diruang komen kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CD Projekt RedCyberpunk 2077playstation storeSony
Previous Post

Filem Uncharted nampaknya ditunda sekali lagi!

Next Post

Filem Venom 2 turut ditunda seminggu dari tarikh asal tayangan!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Filem Venom 2 turut ditunda seminggu dari tarikh asal tayangan!

Filem Venom 2 turut ditunda seminggu dari tarikh asal tayangan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd