Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cari Phone Bajet untuk Gaming? Ini Senarai Phone Hebat Bawah RM1000!

Maira by Maira
May 29, 2023
in Android, Artikel, Berita, Game, Mobile, Smartphone, Teknologi
0 0
0
Cari Phone Bajet untuk Gaming? Ini Senarai Phone Hebat Bawah RM1000!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau nak main game dekat phone, mesti ramai yang fikir perlu gunakan modal yang besar untuk membeli phone. Tidak perlu sebenarnya! Anda tidak perlu membeli phone mahal-mahal untuk bermain game yang semua orang main. Setakat PUBG Mobile, Mobile Legends: Bang Bang, Genshin Impact dan Honkai: Star Rail anda hanya perlukan phone terbaik supaya dapat bermain dengan lancar. Kami telah mencari beberapa phone bajet terbaik untuk anda dengan harga dibawah RM 1000 serta mempunyai spesifikasi minimum untuk gaming. Tanpa membuang masa, jom lihat senarainya!

Infinix Hot 30

Sumber: Infinix

Infinix antara jenama phone gaming bajet yang anda boleh dapatkan. Dilancarkan pada April 2023, phone ini mempunyai 8GB RAM dan storan sebesar 128GB. Ia hadir dengan chipset MediaTek Helio G88, yang sesuai untuk bermain game ringan mahupun game MLBB. Paparan phone ini sebesar 6.78 inci jenis IPS dan mempunyai 90Hz. Baterinya juga besar iaitu 5000mAh serata mempunyai pengecasan pantas 33W dan beroperasi dengan sistem XOS 12.6 berdasarkan Android 13. Anda boleh dapatkannya dengan harga RM 589 melalui kedai rasmi dalam talian.

POCO M5

Sumber: POCO

Bila cerita tentang phone gaming bajet, POCO antara jenama yang terlintas. POCO M5 telah dilancarkan pada September 2022. Phone ini hadir dengan 6GB RAM dan mempunyai storan 128GB. Dengan Chipset MediaTek Helio G99, ia mampu memainkan game-game mobile terbaharu, dan sudah tentu ia boleh menampung game seperti PUBG Mobile, MLBB mahupun Genshin Impact.

POCO M5 mempunyai paparan sebesar 6.58 inci dengan refresh rate 90Hz. Dengan bateri sebesar 5000 mAh serta pengecasan pantas 18W anda tidak perlu risau mengenainya ketika bermain. Ia juga beroperasi dengan MIUI 13 berdasarkan Android 12. Berharga RM799 anda boleh ke kedai rasmi dalam talian untuk memilikinya.

Redmi Note 12

Sumber: Redmi

Ini merupakan siri Redmi Note terbaru daripada Xiaomi yang dilancarkan pada April 2023. Ia datang bersama 6GB RAM dan storan sebesar 128GB. Ia juga dilengkapi dengan chipset Snapdragon 685. Anda boleh mendapatkan pengalaman gaming yang lancar. Paparan phone ini sebesar 6.67 inci dengan AMOLED DotDisplay dan mempunyai refresh rate sehingga 120Hz.

Baterinya juga agak besar iaitu 5000mAh serata mempunyai pengecasan pantas 33W dan beroperasi dengan sistem MIUI 14 berdasarkan Android 13. Phone ini dijual dengan harga RM 699 di pengedar sah seperti Shopee dan Lazada serta kedai rasmi Xiaomi.

realme 10 4G

Sumber: realme

realme 10 4G merupakan phone bajet terbaru yang anda boleh dapat dari realme. Ia telah dilancarkan pada Februari 2023. Phone ini mempunyai 8GB RAM dan storan dalaman 256GB Dengan chipset MediaTek Helio G99, anda boleh bermain game dengan 60 fps. Paparan skrin Super AMOLED bersaiz 6.4 inci berserta tiga kamera. Realme C21Y menggunakan sistem operasi Realme UI 3.0 bersama Android 12. Dengan tanda harga RM 899, ini antara phone bajet terbaik yang anda boleh dapatkan.

vivo iQOO Z7x

Sumber: vivo

Phone ini merupakan entri terbaru untuk oleh Vivo yang dilancarkan pada April 2023. Ia berharga RM 999 dan menggunakan chipset Snapdragon 695 5G yang ideal untuk sesi gaming harian anda.

vivo iQOO Z7x mempunyai paparan FHD+Dot Display sebesar 6.64 inci dan mempunyai 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Anda tidak perlu risau jika bermain game dengan lama kerana phone ini mempunyai kapasiti bateri setinggi 6000 mAh dengan pengecasan pantas 80W. Ia juga mempunyai sistem operasinya sendiri iaitu FuntouchOS 13 berdasarkan Android 13. Jadi, jangan segan silu untuk mencuba phone ini!

POCO X5 5G

Sumber: POCO

Satu lagi entri dari siri Poco. POCO X5 5G telah dilancarkan pada Februari 2023. Ia berbeza dengan poco phone yang lain kerana ia menggunakan chipset Snapdragon 695 5G. Ia mempunyai 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Walaupun begitu, prestasi permainan pada phone ini masih hebat ditambah pula dengan sambungan 5G yang tersedia dalam phone ini.

POCO X5 5G mempunyai paparan AMOLED DotDisplay sebesar 6.67 inci berserta tiga kamera. Baterinya berkapasiti tinggi iaitu 5000mAh dengan pengecasan pantas 33W. Ia juga menggunakan sistem operasi MIUI 13 untuk POCO, berdasarkan Android 12. Dengan tanda harga RM 999, anda dapat miliki phone hebat ini!


Phone yang tersenarai mempunyai spesifikasi minimum untuk anda bermain semua game mobile yang terbaharu. Jadi, sesiapa yang mencari phone bajet untuk mobile gaming, anda boleh gunakan senarai ini. Untuk membaca liputan lanjut dari kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Phone bajetPhone gaming bajet
ShareTweetSend
Previous Post

“Attack on Titan Malaysia pakai seluar dalam” kembali viral – Peminat Jepun beri reaksi!

Next Post

Black Clover 360 – Akhirnya Lucius sedar bahawa realiti dunia menjangkaui jangkaannya!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Black Clover 360 – Akhirnya Lucius sedar bahawa realiti dunia menjangkaui jangkaannya!

Black Clover 360 - Akhirnya Lucius sedar bahawa realiti dunia menjangkaui jangkaannya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd