Adakah kamu peminat besar game visual novel terutamanya jika Steam? Saya ada berita baik untuk semua peminat novel visual Steam di luar sana.
Selepas Psychedelica of the Black Butterfly, penerbit Intragames akan mengeluarkan versi Steam untuk Psychedelica of the Ashen Hawk pada 30 Ogos 2019. Untuk pengetahuan korang, game ini mula-mula dilancarkan untuk PlayStation Vita pada Jun 2016 di Jepun. Di bawah adalah rumusan pendek:
Di sebuah bandar yang diperintah oleh dua puak yang menentang sama sendiri dan dibayangi oleh cerita dongeng dan legenda, seorang anak perempuan dilahirkan dengan tanda ahli sihir terkutuk. Dia menyembunyikan identitinya sehingga peristiwa pencurian relik misteri membongkarkan segalanya. Misteri-misteri yang bakal didedahkan mungkin akan mengembalikan keamanan … atau memusnahkan segalanya.
Ciri-ciri Utama:
- Tandakan Kemajuan Anda
- Unlock pelbagai kisah sampingan dan kisah menarik semasa bermain di jalan cerita utama dan dan tahu lebih lanjut mengenai watak utama, wira, dan penjahat yang majukan naratif.
- Ikuti Aliran Jalan Cerita
- Ikut aliran jalan cerita dan cabangnya yang berbeza dengan flowchart interaktif yang membolehkan pemain kembali dan membuat pilihan alternatif dalam perbualan.
- Tentukan Masa Depan
- Dengan beberapa penamat berbeza dan jalan cerita yang bercabang, kawal lah masa depan cerita sendiri. Adakah pemain akan jumpa kebahagiaan cinta sebenar, atau takdir akan bawa pemain kepada kemusnahan?
- Bermain Sebagai Yang Dibenci
- Kisah cinta yang penuh dengan suspense daripada Otomate (Idea Factory), pencipta fiksyen adventure interaktif terbaik.
@gamersantaimy
Discussion about this post