Mungkin anda berfikir bahawa reload senjata dalam sesuatu game adalah tidak penting, sesuatu yang langsung; isi semula peluru jika ianya habis. Tetapi dalam arena gaming kompetitif, setiap saat sangat bermakna dan kita harus mencuba segala kemungkinan untuk mendapatkan kelebihan mengatasi pihak lawan.
Dalam Apex Legends, kebanyakkan senjatanya tidak memiliki clip yang tinggi atau pun kapasiti menyimpan peluru yang banyak. Bayangkan dalam pertempuran yang sengit, anda diserbu musuh ketika sedang mengisi semula senjata.
Seorang pengguna YouTube telah berkongsi satu cara terpantas untuk reload senjata, dan dia telah memuat naik video tersebut sebagai rujukan pemain Apex Legends:
Caranya sebenarnya mudah, anda perlu membiarkan sekurang-kurangnya 1 peluru dalam senjata anda; jangan mengosongkannya sama sekali. Dapat dilihat dalam video ini waktu yang diperlukan untuk mengisi semula senjata sangat berbeza: senjata dengan peluru dengan yang telah kehabisan peluru.
Sekali lagi, mungkin tidak penting bagi sesetengah pemain; tetapi kelihatan seperti amat berguna.
Dijangkakan lebih banyak lagi panduan dan petua daripada pemain lain akan menyusul apabila lebih banyak masa dihabiskan bermain Apex Legends. Dan sekiranya cara reload senjata ini merupakan glitch, ada kemungkinan ianya akan hilang dalam patch yang akan datang.
Sumber: We Got This Covered.
@gamersantaimy
Discussion about this post