Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cara-cara mudah untuk tebus INTERNET PERCUMA anda semasa PKP! Jangan mensia-siakan peluang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 1, 2020
in Android, Artikel, Berita, Bimbingan, iOS, Mobile, Tips & Trick
0 0
0
Cara-cara mudah untuk tebus INTERNET PERCUMA anda semasa PKP! Jangan mensia-siakan peluang!
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengumumkan bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi akan menawarkan INTERNET PERCUMA bernilai RM6OO juta kepada semua pelanggan mulai 1 April 2020 sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir semasa pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang sepatutnya membantu orang semasa wabak Covid-19. Tambahan RM400 juta akan dilaburkan untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan kualiti telekomunikasi yang tinggi.

Antara pakej khas yang akan ditawarkan syarikat-syarikat komunikasi adalah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 Apr 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP #prihatinrakyat

— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) March 27, 2020

Sekiranya anda seorang pelanggan telekomunikasi ini, inilah cara-cara anda boleh menebus internet percuma mereka:

U Mobile

Good news! As a part of economic stimulus package, we will be giving FREE 1GB high-speed data daily to all U Mobile postpaid, prepaid & broadband subs from 1 April till the completion of MCO. Stay strong & stay connected, U-fam!

More info: https://t.co/DoE9TNezFj #UMobile pic.twitter.com/d9SGmrp3pS

— U Mobile (@umobile) March 27, 2020

Data percuma ditawarkan kepada semua pelanggan prabayar, pascabayar dan jalur lebar (kecuali pelanggan WeChat Go) selagi talian masih “aktif“. Anda hanya perlu menebus pakej sekali untuk menerima secara automatik 1GB setiap hari sehingga akhir tempoh PKP. Data ini boleh digunakan dari pukul 8 pagi hingga 6 petang setiap hari. Untuk tebus, dial nombor di bawah.

  • Pascabayar: *118*7*6#
  • Prabayar: *118*6*7#

Celcom

https://twitter.com/Celcom/status/1243537902455402499

Data 1GB percuma Celcom ditawarkan kepada semua pelanggan prabayar dan pascabayar aktif. Ia akan disediakan secara automatik ke dalam akaun pelanggan setiap hari. Data percuma hanya tersedia untuk digunakan antara pukul 8 pagi dan 6 petang. Jika anda melebihi 1GB penggunaan atau menggunakan internet di luar masa yang dinyatakan, data akan ditolak daripada kuota internet asas.

Anda boleh menyemak baki kuota anda melalui aplikasi Celcom Life atau dail *118# (pascabayar) dan *118*1*1*2# (prabayar).

Digi

https://twitter.com/digitelco/status/1245024864383057920

Pelanggan pascabayar dan jalur lebar Digi (kecuali pelanggan pelan Postpaid Infinite) akan menerima internet 1GB percuma setiap hari, untuk digunakan antara pukul 8 pagi hingga 6 petang. Penebusan boleh dibuat melalui aplikasi MyDigi. Sementara itu, pelanggan prabayar Digi boleh mendapatkan internet dan panggilan percuma seperti di bawah:

  • Percuma 300MB + panggilan 5 minit percuma apabila anda mengisi semula RM10 – RM29.99. Sah selama 3 hari.
  • Percuma 1GB + panggilan 15 minit percuma apabila anda mengisi semula RM30 dan ke atas. Sah selama 7 hari.

Maxis

#StayHomeStayConnected. Effective 1 April, all Maxis, Maxis Business, Hotlink Postpaid and Prepaid users will enjoy FREE 1GB data for usage from 8am till 6pm.

— Maxis (@Maxis) March 28, 2020

1GB Percuma ditawarkan untuk semua pelanggan pascabayar dan prabayar (kecuali pelanggan MaxisONE kerana mereka sudah menerima internet tanpa had). Penebusan pas internet percuma perlu dibuat setiap hari dan hanya boleh digunakan antara pukul 8 pagi hingga 6 petang. Penggunaan Internet di luar waktu ini akan ditolak dari pelan internet asal anda. Anda boleh menebus pas daripada aplikasi:

  • MyMaxis
  • MyMaxis Biz
  • Hotlink Flex
  • Hotlink RED

Unifi Mobile

Hey hey hey! #khabarbaik Buat semua rakyat Malaysia!!! #becauseunificares we want you to stay safe,stay healthy and continue to #juststayhome💪

Sebab PM dah announced semalam that MCO akan diteruskan lagi sehingga 14th April 2020, pic.twitter.com/j8TqBDfj2p

— Yunni (@unifi) March 26, 2020

Unifi memberikan LTE hotspot 999GB percuma kepada semua pelanggan Unifi Mobile Postpaid (Unifi Mobile 99, webe RM79, dan Unifi Mobile Pek Jasa) dan pelanggan Unifi Mobile Biz Postpaid (Unifi Mobile Biz 99, dan Unifi Mobile Biz 79).

Penebusan tidak diperlukan kerana pas akan diaktifkan secara automatik. Tawaran itu telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

YooDo

We started our COVID-19 initiative with Free 1GB Data weekly, but with the MCO extended, we’re also expanding our support to every day of the week! pic.twitter.com/oHJLoROwck

— Yoodo (@yoodoMY) March 27, 2020

Semua pelanggan “aktif” YooDo mendapat internet percuma 1GB setiap hari dari 30 Mac hingga 14 April 2020. Pakej ini tidak terhad pada mana-mana waktu dan boleh digunakan bila-bila masa.

Data akan dikreditkan secara automatik ke dalam pelan anda pada 30 Mac dan akan dipaparkan dalam baki semasa anda. Apa-apa data yang tidak digunakan dari 1GB sebelum-sebelum akan dikumpul sehingga pelan anda diperbaharui atau tamat tempoh.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CelcomDigiFreeInternetmaxisPercumaTelekomunikasiU MobileUnifiyoodo
Previous Post

LEVEL UP KL 2020 ditangguhkan hingga 2021!

Next Post

PUBG PC menambah mode battle royale fantasi! Siap ada wizard & barbarian lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Next Post
PUBG PC menambah mode battle royale fantasi! Siap ada wizard & barbarian lagi!

PUBG PC menambah mode battle royale fantasi! Siap ada wizard & barbarian lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd