Mula diumumkan pada 2019, akhirnya kita ada maklumat baru tentang Captain Laserhawk: A Blood Dragon Remix – siri anime terbaru oleh Netflix dan Ubisoft. Didedahkan semasa Ubisoft Forward, mereka mendedahkan trailer baru (yang anda boleh tonton di bawah dan tarikh keluaran anggaran.
Sinopsis
Bakal ditayangkan pada musim luruh ini (sekitar September hingga Disember), siri anime ini berlatarkan tahun alternatif 1992 di negara yang dahulunya dikenali sebagai Amerika Syarikat.
Sekarang dipanggil Eden, ia adalah tamadun ‘teknokrasi’ yang diperintah oleh propaganda dan rasuah. Tentera super Dolph Laserhawk baru sahaja dikhianati oleh cinta hidupnya dan dikurung di penjara sekuriti tertinggi Eden, Supermaxx. Dia kini mesti mengetuai pasukan yang terdiri daripada pemberontak dalam misi berisiko untuk terus hidup.

Seperti yang anda boleh lihat daripada tajuk, anime ini adalah berdasarkan game “Far Cry 3“, khususnya expansion “Blood Dragon,” dan berdurasi selama enam episod. Penuh dengan easter egg, Captain Laserhawk turut akan menampilkan beberapa watak “parodi” daripada macam-macam game Ubisoft.
Berikutan kejayaan Adi Shankar semasa menghasilkan Castlevania, dia dan Netflix akan bekerjasama sekali lagi dalam projek ini. Adi Shankar akan bertanggungjawab sebagai pencipta dan penerbit eksekutif; Bobbypills adalah studio yang menguruskan animasi, Mehdi Leffad akan berkhidmat sebagai pengarah rancangan dan “Balak” sebagai pengarah kreatif studio.

Protagonis, Dolph Laserhawk, akan disuarakan oleh Nathaniel Curtis. Tetapi mengejutkan sekali, pencipta sendiri (Adi Shankar) akan menyuarakan Red (watak yang diilhamkan oleh Rainbow Six Siege), manakala pengarah kreatif Balak akan menyuarakan, Bullfrog, seorang pembunuh upahan yang diilhamkan oleh Assassin’s Creed.
Sekali lagi saya ingatkan, Captain Laserhawk: A Blood Dragon Remix akan dikeluarkan di Netflix pada musim luruh ini (sekitar September hingga Disember). Tarikh tepat tidak diberi.
Baca segala berita kami tentang Netflix di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post