Capcom secara rasmi telah memperkenalkan Resident Evil Requiem, entri kesembilan dalam siri ikonik seram survival yang bakal tiba pada 27 Februari 2026 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.
Dikenali sebagai Resident Evil 9: Requiem—dengan huruf “q” digunakan secara kreatif bagi mewakili angka “9”—judul ini dijangka membuka lembaran baharu dalam dunia seram survival, bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-30 francais tersebut.
Digambarkan sebagai pengalaman yang mendebarkan dan mampu membuat bulu roma meremang, Resident Evil Requiem menampilkan watak utama baharu, Grace Ashcroft, seorang ejen FBI yang dihantar untuk menyiasat kes misteri di sebuah hotel yang menyimpan sejarah kelam pembunuhan ibunya.
Ramai peminat mula berteka-teki bahawa Grace mungkin ada kaitan dengan Alyssa Ashcroft, watak dari Resident Evil Outbreak dan Outbreak File #2. Game ini menggabungkan elemen klasik seram survival dengan aksi sinematik yang intense, menandakan satu arah baharu dalam hala tuju francais ini.

Trailer pengumuman menampilkan suasana yang suram dan menyeramkan, dipenuhi kejadian aneh dan makhluk mengerikan yang menimbulkan rasa ngeri, sekaligus menetapkan latar bagi siasatan Grace.
Capcom turut mengetengahkan aspek penceritaan dan pembinaan watak yang kompleks, semuanya dibangunkan dengan sokongan teknologi moden dan kepakaran tinggi pasukan pembangun mereka.

Resident Evil Requiem dijangka menjadi satu titik perubahan penting dalam siri ini, sambil mengekalkan jiwa dan identiti asalnya. Maklumat tambahan dijangka akan didedahkan menjelang pelancaran rasmi pada tahun 2026. Anda boleh melayari laman web rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post