Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 4, 2025
in Action, Artikel, Berita, Open World
0 0
0
Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom kini membuka peluang kepada para peminat Monster Hunter dari seluruh dunia untuk menyumbang idea mereka dalam francais yang ikonik ini melalui pertandingan Monster Hunter Wilds Design Contest.

Bermula dari 3 Jun hingga 24 Jun 2025, para pemburu boleh menghantar rekaan original mereka untuk Hunter Weapon atau Pendant, dan berpeluang melihat ciptaan mereka diabadikan dalam Monster Hunter Wilds.

It's the return of the Monster Hunter design contest! Here's your chance to design a weapon and/or pendant to be included for all in Monster Hunter Wilds!

For weapon entry: #MHWilds #weaponentry
For pendant entry: #MHWilds #pendantentry

Full details: https://t.co/VIT29J7tDm pic.twitter.com/ynzmGEKelQ

— Monster Hunter (@monsterhunter) June 3, 2025

Pertandingan ini terbuka kepada peserta dari empat wilayah utama: Jepun, Amerika, Eropah dan Asia. Capcom menggalakkan peserta untuk menyalurkan kreativiti mereka dengan mencipta senjata atau pendant yang unik, sesuai dengan dunia Monster Hunter Wilds.

Semua penyertaan perlu dihantar melalui platform X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) dengan menggunakan hashtag #WeaponEntry atau #PendantEntry, berserta #MHWilds.

Penyertaan juga perlu mematuhi beberapa syarat teknikal seperti imej resolusi tinggi dalam format JPG atau PNG, nisbah 16:9, resolusi 72 dpi, dan saiz fail tidak melebihi 2MB.

Kredit: Capcom

Selepas tempoh penghantaran tamat, proses penilaian pertama akan bermula selepas 25 Jun 2025. Sebanyak 20 rekaan dari setiap kategori—Weapon dan Pendant—akan dipilih untuk mara ke pusingan undian global oleh pemain, yang akan berlangsung dari 11 hingga 18 Julai 2025 melalui akaun CAPCOM ID.

Sebagai penghargaan, mereka yang mengundi akan menerima ikon media sosial eksklusif secara percuma.

Kredit: Capcom

Capcom akan mengumumkan 8 rekaan terbaik bagi setiap kategori pada 25 Julai 2025. Pasukan pembangunan Monster Hunter Wilds kemudian akan memilih satu pemenang Grand Prize dari setiap kategori, yang akan diumumkan pada 27 September 2025.

Rekaan yang memenangi hadiah utama akan dimasukkan ke dalam game pada awal tahun 2026. Selain itu, 8 pemenang Excellence Award dari setiap kategori turut akan diberi penghormatan di mana nama mereka akan dipaparkan dalam kredit permainan.

Kredit: Capcom

Maklumat penuh mengenai peraturan Monster Hunter Wilds Design Contest dan cara penyertaan boleh didapati di laman rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Monster Hunter Wilds
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna

Next Post

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd