Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Capcom rasmi mengumumkan Street Fighter 6

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 21, 2022
in Artikel, Berita, Fighting
0 0
0
Capcom rasmi mengumumkan Street Fighter 6
Share on FacebookShare on Twitter

Francais popular Street Fighter telah menjual lebih daripada 47 juta unit sejak ia diperkenalkan pada 35 tahun lalu. Angka ini pasti akan bertambah kerana Capcom secara rasmi telah mengumumkan entri seterusnya dalam siri iaitu Street Fighter 6.

Berikut adalah teaser pendek:

Treler ini dibuat sepenuhnya memakai “game engine”

Melalui teaser di atas, kita boleh melihat maskot popular Ryu sedang menyiapkan diri untuk bertarung dengan pencabar baru, Luke. Bagi mereka yang tidak tahu, Luke merupakan watak ke-45 dan yang terakhir dalam Street Fighter V. Sebelum ini, kami mendapar klu bahawa dia akan memainkan peranan penting dalam projek terbaru Street Fighter, dan nampaknya khabar angin itu benar.

Yusuke Hashimoto (Bayonetta, Bayonetta 2 ) akan bertanggungjawab dalam pembangunan game ini sebagai Game Designer manakala produser Capcom Kazuhiro Tsuchiya akan terlibat dalam posisi yang tidak dinyatakan. Itu sahaja info yang dikongsikan tentang Street Fighter 6 tetapi lebih banyak maklumat akan dikongsi pada musim panas ini. Buat masa sekarang, korang boleh layari laman web rasmi Street  Fighter 6 untuk maklumat lanjut.

Saya tahu ramai yang teruja dan tidak sabar untuk lihat bab seterusnya dalam saga Street Fighter. Sementara menunggu, korang boleh menyambut ulang tahun ke 35 francais dengan Capcom Fighting Collection, sebuah antologi yang terdiri daripada 10 game klasik – termasuk  siri penuh Darkstalkers. Setiap satu daripada 10 game ini telah ditambah dengan fitur online multiplayer, ciri-ciri yang ditambah baik dan update “quality of life” untuk memudahkan pengalaman.

Buat mereka yang berminat, Capcom Fighting Collection akan dikeluarkan pada 24 Jun 2022 untuk PlayStation 4, Nintendo Switch, Steam dan Xbox One.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CapcomStreet Fighter 6
Previous Post

Goten & Trunks akhirnya masuk fasa remaja dalam Dragon Ball Super: Super Hero

Next Post

Naruto di ambang ‘mental breakdown’ selepas kematian watak penting *SPOILER*

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Naruto di ambang ‘mental breakdown’ selepas kematian watak penting *SPOILER*

Naruto di ambang 'mental breakdown' selepas kematian watak penting *SPOILER*

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd