Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Capcom memerlukan lebih banyak calon zombie!

Ada sesiapa di sini berminat?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 1, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Capcom memerlukan lebih banyak calon zombie!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas PlayStation, kini kami ada prank daripada Capcom pula. Tanggal 1 April ialah hari yang wajib mengenakan orang dan daripada orang biasa hingga syarikat besar, semua akan terlibat. Setiap syarikat game kini sangat bersemangat untuk menampilkan kreativiti dan lawak mereka pada seluruh dunia. Antara prank April Fools paling kreatif pada 2019 pada pendapat saya pula ialah pengambilan pekerja oleh Capcom ini.

Di laman web rasmi mereka, Capcom telah membuka satu page baru untuk mengambil pekerja baru, Yang herannya, mereka bukan nak developer, atau tukang animation, atau sound director.. Capcom nak zombie. Hah, pelik kan?

Page itu bermula dengan rayuan oleh pihak Capcom, “Kami memerlukan bantuan anda! Di dalam tempoh pendek dua bulan, populasi dunia zombie telah berkurang kepada 774,038,013. Kami memerlukan bantuan anda untuk mengelak krisis yang menyebabkan penurunan tajam ini.”

Lalu mereka mengenal masalah tersebut yang berbunyi seperti ini, “Masalah ini bermula pada 25 Januari. Sejak hari itu, ramai rakan sekerja kami telah mati daripada kes serangan siri misteri. Pada kadar ini. dunia berada di ambang penderitaan kekurangan zombie.” Untuk makumat semua, serangan siri misteri yang terjadi ini ialah kalian pemain semua di dalam game Resident Evil 2 Remake yang keluar pada 25 Januari. Hahh, dah faham kan?

Jadi di bawah sekali adalah butang apply dan apabila kalian tekan, sistem akan pilih zombie secara rambang untuk dipadankan dengan anda. Ini adalah zombie saya. Comel kan?

Jika kalian rasa bosan-bosan tu, marilah jenguk sekejap. Mari kita berketawa dan jangan lupa share zombie anda tau!

Sumber – Capcom

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: April FoolsCapcomPrankResident Evil 2 RemakeWantedzombie
Previous Post

Bayonetta mempunyai diskaun sebanyak 75% di Steam!

Next Post

Game Of Thrones telah keluarkan Game Untuk Browser – sempena Season 8 Premiere GoT!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Game Of Thrones telah keluarkan Game Untuk Browser – sempena Season 8 Premiere GoT!

Game Of Thrones telah keluarkan Game Untuk Browser - sempena Season 8 Premiere GoT!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd