Bersiap sedia untuk kembali ke gelanggang kerana Capcom Fighting Collection 2 bakal dilancarkan pada 16 Mei 2025 untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam. Lebih seronok lagi, Capcom telah mengumumkan bahawa pra-tempahan kini dibuka bersama trailer pertama.
Kompilasi terbaru ini menghidupkan semula beberapa fighting game paling ikonik dalam sejarah Capcom, termasuk judul legenda seperti Capcom vs. SNK 2: Mark of the Millennium 2001 dan Power Stone 2. Dengan gabungan pertarungan satu lawan satu klasik dan pertempuran beramai-ramai, Capcom Fighting Collection 2 membawa semangat nostalgia dengan ciri-ciri moden yang dipertingkatkan.
Sebanyak lapan game klasik dimuatkan dalam koleksi ini, iaitu:
- Capcom vs. SNK: Millennium Fight 2000 Pro
- Capcom vs. SNK 2: Mark of the Millennium 2001
- Capcom Fighting Evolution
- Street Fighter Alpha 3 UPPER
- Project Justice
- Power Stone
- Power Stone 2
- Plasma Sword: Nightmare of Bilstein

Salah satu ciri utama dalam Capcom Fighting Collection 2 ialah mod online multiplayer yang tersedia untuk kesemua lapan game. Dengan penggunaan rollback netcode, pengalaman dalam talian dijamin lebih lancar dan stabil.
Bagi pemain yang ingin meningkatkan kemahiran, Training Mode kini disertakan dalam semua game, membolehkan pemain mengasah teknik serta menguasai mekanik setiap permainan.

Selain penambahbaikan dari segi gameplay, koleksi ini juga merupakan satu penghormatan kepada legasi fighting game Capcom. Mod Museum membolehkan pemain meneroka galeri seni, lakaran konsep, muzik, serta bahan eksklusif di sebalik tabir, memberikan gambaran mendalam tentang proses kreatif di sebalik permainan-permainan ikonik ini.
Pemain juga boleh menyesuaikan pengalaman mereka dengan pelbagai tetapan, termasuk EX Settings untuk pelarasan khas dalam game, pelbagai display filter, serta pilihan button mapping. Fungsi mid-game save turut diperkenalkan, membolehkan pemain berhenti seketika dan menyambung berlawan pada bila-bila masa.

Sebagai tambahan kepada semua ciri baharu ini, penyesuaian keseimbangan gameplay serta pelbagai penambahbaikan kualiti hidup telah diterapkan dalam kesemua lapan game, memastikan setiap judul dalam koleksi ini berasa lebih lancar, seimbang, dan dioptimumkan untuk platform moden.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post